Kerabu Brokoli

Kegemaran Zafirah..

image

Bahan-bahan:

1) 150g brokoli dicelur sekejap dan kemudian disiram air paip supaya brokoli segera sejuk dan rangup. Toskan dan hiris
2) 1 biji tomato dibelah dua dan hiris nipis
3) 1 biji kentang segar dibuang kulit dan dimayang
4) 1/2 biji bawang besar dihiris nipis
5) Sedikit cili padi dihiris kecil
6) 1 1/2 sudu besar minyak bijan
7) 1/2 sudu teh serbuk kasar lada hitam
8) 1/2 sudu teh serbuk ikan bilis
9) Jus 3/4 biji lemon
10) Garam secukup rasa

Cara:

Gaul semua bahan dan biarkan 30 minit sebelum dihidang.

Selamat menjamu selera..

Opor Sotong

Assalamualaikum

Sudah rancang ke, masakan apa untuk makan tengahari nanti?
Untuk entri ini saya kongsi resipi Opor Sotong. Tapi kalau tak suka sotong, boleh juga ganti dengan udang, mungkin lebih sedap 🙂

Jom cuba..

image

Bahan-bahan:

12 ekor sotong sederhana besar. Cuci dan buang kulit
6 sudu makan/sudu besar (tbsp) minyak masak
2 helai daun limau purut dihiris
1 1/2 cawan air
1/2 cawan santan kotak kara
1 sudu makan kerisik
1 inci lengkuas diketuk
2 batang serai diketuk
1 sudu teh (tsp) serbuk kunyit
2 sudu makan/sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
Garam secukup rasa

Bahan kisar:

100g bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 cawan air
15 tangkai cili kering, buang biji dan rendam air panas selama 5 minit, toskan

Cara:

1) Satukan bahan kisar, serbuk kunyit, serbuk ketumbar dan jintan manis. Kacau rata
2) Panaskan minyak
3) Tumis bahan campuran bahan kisar bersama lengkuas, serai, kerisik dan daun limau purut. Masak sehingga terbit minyak
4) Masukkan air dan santan. Masak sehingga mendidih
5) Kecilkan api dan reneh sehingga kuah hampir pekat.
6) Akhir sekali masukkan sotong dan garam secukup rasa
7) Masak sotong sekejap sahaja. Lama diatas api akan membuat sotong menjadi liat dan keras.

Opor Daging Cili Padi

Assalamualaikum

Menu hari ini adalah masakan Opor. Masakan opor begitu popular di Negara Indonesia terutama opor ayam.
Untuk kali ini saya sediakan opor daging.
Saya masukkan cili padi sebagai ganti cili kering dalam masakan opor daging supaya ada sedikit kelainan pada rasa dan rupa.

image

Bahan-bahan:

1) 350g daging lembut/batang pinang dihiris nipis
2) 10 biji cili padi
3) 2/3 cawan santan kotak kara
4) 1 cawan air
5) Garam secukup rasa
6) 6 sudu besar minyak

Bahan: Kisar lumat

1) 150g bawang besar
2) 4 ulas bawang putih
3) 25g halia muda
4) 25g lengkuas
5) 3 batang serai
6) 1 sudu besar serbuk ketumbar
7) 1 sudu teh serbuk lada putih
8) 9 biji buah keras
9) 15 biji cili padi
10) 1/2 cawan air

Cara:

1) Panaskan minyak ke dalam kuali dan tumis bahan kisar. Kecilkan api dan masak sehingga terbit minyak. Kacau selalu
2) Masukkan daging, air, 10 biji cili padi dan santan. Kacau sehingga rata.
3) Reneh sehingga daging masak. Padam api/
atau masak kuah sehingga pekat dan baru masukkan garam secukup rasa.

Saya suka hidangan opor daging berkuah pekat.. 🙂

Selamat mencuba..