Mari kita baca tentang kelebihan pokok putat…
Pokok putat mempunyai khasiat tersendiri. Pucuknya baik untuk kesihatan kulit dan ia melancarkan perjalanan darah. Ramai yang kata daun putat ini untuk awet muda… π Buahnya pula boleh mencegah serangan gatal-gatal disamping boleh mengubati beberapa penyakit kulit.
Daun yang matang dikatakan boleh mengubati penyakit cacar air; iaitu dengan mengambil 5 atau 6 helai daun, ditumbuk dengan beras dan kemudian dipupuk atau disapu pada bahagian yang terkena cacar. Manakala kulit batangnya yang telah dikeringkan terlebih dahulu boleh mengurangkan komplikasi resdung; iaitu dengan menyedut asap kulit putat yang dibakar sedikit-sedikit itu sehingga merasakan hendak terbersin dan air lendir keluar dari hidung. Ulangi setiap hari sehingga penyakit resdung sembuh.
PUCUK PUTAT
Pucuk putat muda sering dimakan sebagai ulam atau dihiris untuk ramuan nasi kerabu. Bagi peminat laksa utara, ada juga yang suka masukkan pucuk putat ke dalam laksa kerana dikatakan ia dapat menambah kesedapan rasa pada laksa.. π
BUAH PUTAT
Rasanya yang kelat dan boleh juga dimakan begitu saja atau dibuat sambal.
Buah putat dibelah dua, buang biji & ditumbuk sebelum dimasak
Rasa kelat pada buah muda hampir tiada selepas dimasak. Buah yang matang mengandungi sabut, jadi ia tidak sedap dibuat ulam atau pun masakan.
MASAK LEMAK BUAH PUTAT & JERUK BELIMBING
Masak lemak ini sangat mudah. Ikan bilis ditumbuk dengan cili padi dan serbuk kunyit. Masak air dan masukkan buah putat dan bahan yang ditumbuk. Bila dah masak baru masukkan jeruk belimbing buluh dan santan pekat. Garam secukup rasa.
Ada juga orang kata, buah putat ini sedap juga dibuat masakan sambal tumis. Bolehlah dicuba nanti.. π Walauapapun kena pastikan buah yang muda, baru rasa enak setiap masakan itu.
Semalam saya juga buat salad cendawan eryngii.
Jom tengok.. π
Salad cendawan:
Bahan-bahan:
1) 5 cendawan eryngii dikukus sehingga masak dan dihiris
2) 1 biji tomato dihiris nipis
3) 1/2 labu bawang besar dihiris nipis
4) 5 biji cili jeruk dihiris nipis
5) Jus lemon, lada hitam dan garam
caranya:
1) Campur bahan 1 ~ 3 dan gaul bagi rata.
2) Masukkan jus lemon, lada hitam dan garam secukup rasa
3) Akhir sekali baru masukkan hirisan cili jeruk dan gaul bagi sebati dan hidang selepas 30 minit.
Kalau rasa tak nak masak cendawan goreng hari ini, bolehlah try salad cendawan pula.
Selamat mencuba π
Hi. Sy cuma nak bertanya berkenaan pucuk putat yg dibuat ulam.nk tya putat ni jenis berbau cth mcm petai/jering ke? Sbb sy tgh nak thu berkenaan ulam-ulaman
Terima kasih
Hi,
Bagi saya, daun putat ada sedikit bau yang harum… π
Bagus tu ada minat nak tahu berkenaan ulam-ulaman..ilmu yang manfaat
Dan x rugi makan ulam ulama kan. Lg byk khasiatnya. Anyway terima kasih for the informasi!
Terima kasih π
Benar tu, khasiat ulam sangat baik untuk kesihatan badan..
You are most welcome. π
Assalamualaikum…. Saya tgh cari daun putat. Kat mana Kasih beli?
Waalaikumussalam. Saya selalu beli di pasar tani Melawati, Kuala Lumpur…