Bihun Sos Tiram

Assalamualaikum…

Menu untuk makan petang tadi adalah bihun goreng dengan sos tiram..

image

image

Bahan-bahan:
1 paket bihun (cap jasmine)
350g daging batang pinang
500g kobis
300g sayur sawi
12 ulas bawang putih
Cili padi
3 tbsp penuh sos tiram
2 tbsp penuh sos tomato
1 tbsp penuh sos cili
1 tsp serbuk lada putih
Kicap dan garam secukup rasa

Cara:

Rendam bihun dengan air panas sekejap, toskan dan siram air dan toskan
Daging dihiris nipis dan kecil
Kobis dihiris
Sawi dihiris dan asingkan daun dan batang
Cili padi dan bawang putih dikisar/tumbuk tapi jangan lumat
Panaskan minyak
Tumis bahan kisar dan goreng sehingga bawang kekuningan
Masukkan daging dan goreng sehingga masak
Masuk semua sos, serbuk lada putih, kicap dan garam. Kacau sehingga rata
Masukkan batang sawi. Bila dah lembut, masuk kobis dan daun sawi
Masukkan bihun dan gaul sehingga rata dan masak.

Ok, jom makan! 😀

Senangin Kari

Assalamualaikum..

Resipi hari ini ialah Ikan Senangin Kari Goreng. 🙂

image

Bahan-bahan:
1) 1 ekor sederhana besar ikan senangin dibuang sisik
2) 1 tbsp rempah kari ikan
3) 1/3 tsp serbuk lada putih
4) 2~3 ulas bawang putih ditumbuk lumat
5) Garam secukup rasa
6) 4 helai daun limau purut dihiris halus

Cara:
1) Ikan senangin dihiris dari kepala hingga ke ekor pada dua bahagian ikan untuk mengambil isi sahaja. (Hiris buang tulang tengah ikan)
2) 2 keping isi ikan senangin kemudian dihiris serong
3) Perap dengan bahan 2~5 selama 30 minit
4) Goreng seperti biasa dan masuk daun limau purut.
5) Toskan

Selamat menjamu selera..