Spaghettini Saeurkraut

Assalamualaikum

Hari ini saya kongsi satu lagi resipi yang mudah dan ringkas.

Opss! kenalah buat sauerkraut dulu, baru boleh masak hidangan ini 😉

image

Bahan-bahan:

1) 200g Organic Spaghettini. Direbus sehingga masak dan siram air, toskan
2) 300g daging batang pinang/lembut dipotong kiub kecil
3) 10 ulas bawang putih diketuk dan dicincang halus
4) 7 tangkai cili kering digunting dan buang biji
5) 50g mentega & minyak masak
6) Cili padi dihiris nipis
7) 1 tbsp sos tiram
8) 250g sauerkraut
9) Serbuk kasar lada hitam
10) Garam secukup rasa

Cara:

1) Panaskan minyak dan mentega
2) Masukkan bawang putih dan goreng sehingga kuning
3) Masukkan cili kering, cili padi, sos tiram dan daging. Goreng sehingga daging masak
4) Masukkan spaghetti dan kacau sehingga rata
5) Masukkan sauerkraut, lada hitam dan garam secukup rasa. Gaul rata dan goreng atas api sekejap.
6) Sebelum makan tabur sedikit bawang goreng

Selamat menjamu selera 🙂

Untuk resipi sila klik link di bawah:
Sauerkraut

image

Nasi Lemak & Sambal Tumis Bawang

Assalamualaikum…

Hari ini saya kongsi menu kesukaan anak-anak – Nasi Lemak & Sambal Tumis Bawang! 😀

image

NASI LEMAK

image

Bahan-bahan:

1) 600g beras basmati, dibasuh bersih dan toskan
2) 1 kotak kecil santan kara
3) 1 sudu teh halba
4) 8 ulas bawang merah dihiris nipis
5) 1 1/2 inci halia dimayang
6) Garam secukup rasa
7) Air secukup

Cara:

1) Masuk semua bahan ke dalam rice cooker, gaul rata dan masak seperti biasa

SAMBAL TUMIS BAWANG

image

1) 350g bawang merah dihiris nipis
2) 50g bawang putih dihiris nipis
3) 55 tangkai cili kering (cili kering ini tidak berapa pedas) dipotong, bersihkan dan buang biji. Rendam air panas selama 10 minit dan toskan. Kisar dengan 1 cawan air sehingga lumat
4) 50g gula melaka
5) 3 sudu teh serbuk pati ikan bilis maggie
6) 2 keping asam gelugur
7) Garam secukup rasa.
8) 1 1/2 cawan minyak (saya guna banyak minyak untuk masak sambal tumis)

Cara:

1) Panaskan minyak dan masukkan bawang merah dan bawang putih. Goreng sehingga kuning
2) Kemudian masukkan bahan 3~7 dan masak sehingga mendidih
3) Kecilkan api dan masak sehingga cili bertukar warna merah tua dan pekat. Padam api.
4) Bila sambal tumis dah suam, bolehlah senduk buang lebihan minyak.

Hidang nasi lemak dengan sambal tumis, telur rebus, hirisan timun dan daging goreng jika suka.

Selamat menjamu selera 🙂