Kerabu Kentang Segar

Assalamualaikum & hi!
Menu hidangan hari ini adalah kerabu kentang segar yang sedap dan berkhasiat.

Jom try

1450521116751

 

Bahan-bahan:

1) 1/2 mangkuk besar daun ketumbar dihiris
2) 1 biji ubi kentang (pilih yang segar, rangup) dihiris seperti dalam gambar.
3) 1 biji tomato dihiris nipis
4) 5 ulas bawang merah dihiris nipis
5) Jus 1 biji lemon
6) 1 sudu besar minyak bijan
7) 2 cili merah dibuang biji dan dihiris nipis
8) Cili padi
9) Garam secukup rasa

Gaul semua bahan dan biarkan selama 30 minit sebelum dihidang.

My favourite! 🙂

Untuk mengetahui khasiat boleh klik di bawah:
Ubi kentang

Daun ketumbar

Tomato

Cendawan Batang Getah

Assalamualaikum.

Lebih kurang 3 bulan lepas, suami saya beli satu batang kayu getah yang panjangnya berukuran hampir 4 kaki dengan harga RM20. Dia merancang nak buat sesuatu dengan kayu getah itu, tapi oleh kerana kesibukan dan tidak berkesempatan melaksanakan projeknya, maka kayu getah dibiarkan terdampar di atas tanah begitu sahaja sehinggalah tumbuh cendawan. 🙂

Terkejut juga saya, bila melihat cendawan/ kulat sisir tumbuh dengan banyaknya di atas batang getah itu. Mungkin juga sebab akhir-akhir ini sering hujan maka cendawan pun mula tumbuh bila batang kayu getah dalam proses pereputan.

Saya selalu beli kulat sisir kering di pasar tani tapi entahlah kali ini tak berani pulak nak masak makan cendawan yang tumbuh dibatang kayu belakang rumah. Lagi pun kalau saya masak dah pasti suami saya tak akan makan, hehe

image

image

Menu Sihat dihujung Minggu

Assalamualaikum & hi!
Sajian hidangan saya dihari minggu ini ~ sup pasta yang serba ringkas dan berkhasiat. Salah satu khasiatnya adalah disebabkan daun ketumbar yang dimasukkan ke dalam sup, yang mempunyai kepekatan antioksidan yang lebih tinggi berbanding dengan beberapa jenis sayuran dan buahan. Daun ketumbar juga sangat berkesan untuk menyahkan toksik dari tubuh badan.

Justeru menu ini sangat sesuai dicuba terutama bagi sesiapa yang nak detoks dan diet. 🙂

Jom intai resipi

Pasta organik
image

image

Bahan-bahan:

1) Pasta direbus sehingga lembut.
2) 1 ekor kecil ayam kampung dipotong 8 dan dibuang kulit
3) 2 biji buah tomato dibelah 8 setiap satu
4) 4 ulas bawang putih diketuk
5) Segenggam daun ketumbar dihiris kecil
6) Serbuk lada putih dan garam
7) Limau nipis, daun bawang dan cili dihiris

Cara:
1) Rebus ayam dengan air secukupnya sehingga mendidih.
2) Masukkan buah tomato dan bawang putih. Reneh selama 20 minit
3) Akhir sekali masukkan daun ketumbar, serbuk lada putih dan garam secukup rasa

Masukkan sup ke dalam pasta dan hias dengan daging ayam yang telah dicarik-carik, daun bawang, cili dan limau nipis.

Sup pasta enak dimakan panas-panas

Selamat menjamu selera.