Umrah 2014

Masa berlalu begitu pantas.. 3 bulan lalu kami mendaftar dengan Andalusia Travel & Tours.

Esok kami akan bertolak ke tanah suci, menjadi tetamu Allah s.w.t. dan sesungguhnya pemergian menunaikan umrah ini adalah anugerah terindah dari Allah. InshaaAllah.

Setiap langkah perjalanan hidup kita ini adalah dalam perancangan Allah…
Ya Allah, Ku panjatkan doa agar Engkau pemudahkan segala urusan kami serta menerima ibadah dan mengurniakankan kami umrah yang mabrur.

“Allahumma yassir wala tu’assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin.”

image

Buah Bel

Dah banyak bulan saya beli buah bel kering ini. Saya beli semasa saya di Bangkok. Baru tadi saya rebus dan minum. Rasanya? Bagi saya macam minum air minyak angin, ok lah juga. 🙂

Buah bel yang belum masak, dikeringkan dan digunakan untuk merawat cirit-birit dan disenteri. Manakala yang masak pula dikatakan dapat membantu penghadaman. Ia juga dimakan sebagai julap. Di negara Cambodia, bual bel diambil bagi merawat batuk kering dan hepatitis.

image

image

Rujukan:
100 Useful Herbs of Malaysia and Singapore.