Sakit tekak (sore throat)

Terdapat berbagai petua yang saya baca bagi menghilangkan sakit tekak. Seperti berkumur dengan air garam, ambil madu dengan lemon dan minum air kulit kayu manis dan banyak lagi.

Terkini saya baca mengenai seorang wanita dan seluruh ahli keluarganya mengamal minum jus nenas ( yang ‘fresh’ ) atau makan nenas sebagai penawar untuk sakit tekak. Dikatakan sangat berkesan kerana dapat melegakan kesakitan dengan cepat. (saya sendiri tidak pernah cuba, sebab lebih dari 10 tahun tak dapat sakit tekak, Alhamdulillah). Kandungan enzim yang terdapat didalam nenas bertindak sebagai anti radang juga boleh merawat rasa perit dan kering pada tekak. Petua ini dikatakan betul2 mujarab. InsyaAllah.

Cubalah petua ini kalau dapati cara lain tidak berkesan….

Khasiat Lengkuas

Masakan Melayu banyak menggunakan lengkuas, selain memberi rasa yang unik, lengkuas juga mengharumkan masakan. Seperti juga halia dan kunyit, lengkuas  mempunyai khasiat yang tersendiri, memberi manfaat pada tubuh badan.

image

image

Lengkuas boleh memberi kelegaan pada penghidap penyakit arthritis dan arthritis reumatoid kerana ia mengandungi anti radang, juga membantu mengurangkan ketidakselesaan yang disebabkan radang perut dan ulser. Di samping boleh membendung rasa mual dan loya (kunyah beberapa keping lengkuas segar), ia juga membersih dan meningkatkan peredaran darah. Dikatakan juga boleh merawat cirit birit, menaikkan selera makan dan menghilangkan bau mulut.
Bagi wanita di dalam pantang bersalin, digalakkan mengambil lengkuas kerana ia dikatakan dapat membantu mengeluarkan lebihan angin didalam badan.
Jus lengkuas yang sangat berkhasiat boleh di jadikan sebagai minuman kesihatan.

Tumbok lengkuas hingga hancur dan air perahan lengkuas (1 tsp) dengan secawan air suam2 kuku. kalau tak suka minum begitu, boleh le masukkan madu!!

Selamat mencuba 🙂

Khasiat Labu

Buah labu yang sering kita masak sebenarnya mengandungi kadar vitamin A, C serta betakaroten dan zat mineral yang tinggi. Buah ni sangat baik untuk mata, kesihatan ginjal, jantung dan meningkat daya tahan tubuh. Kandungan air dan serat yang cukup tinggi mampu melancarkan pencernaan dan mengatasi keradangan pada tubuh badan.

Dikatakan isi labu (dikukus) ini sangat baik untuk kulit, boleh di buat ‘facial mask’ dan digosok pada kulit badan supaya kulit menjadi segar dan bersih.

RESIPI LABU PUDING TELUR

Petang semalam masak labu puding telur untuk juadah buka puasa

image

Kisar 1/2 cawan susu pekat + 1/2 cawan susu cair + 3 biji telur +1/2 sudu teh garam +1 tbsp  tepung jagung + 2 helai daun pandan

image

Masukkan adunan yg dikisar( tapis) kedalam labu yang telah dibuang biji ( labu ni kecil je)

image

Kukus selama 30 minit. Masa kukus tutup labu dengan baki bahagian atas labu yang dipotong ( nak panggil apa ye? Hmm.. Topi labu hahaha…)

image

Bila labu dah suam, saya bakar selama 20 minit ( suhu oven 190° C)

Buah labu banyak khasiat sebab tu saya sering masak untuk keluarga. Ada orang tak boleh makan labu, sebab angin dan sejuk. Bagi saya kalau tak ada apa2 masalah bagus makan labu ni dan galakkan anak2 kerana baik untuk tumbesaran mereka. Biasanya budak2 suka labu sebagai manisan.