Khasiat Bit

Ramai pakar menganggap Bit (Beetroot) ini sebagai ‘superfood’. Ia kaya dengan vitamin B, termasuk folat yang bermanfaat untuk menurunkan homosistein dalam darah. Bit adalah sumber fitonutrien betalains.
Betalains, memberi kemerahan pada Bit adalah kaya dengan antioksidan, folic acid, vitamin dan mineral. Jus Bit yang dicampur dengan carrot dan timun dikatakan mempunyai kesan detoksifikasi pada buah pinggang dan pundi hempedu. Jus Bit boleh mencegah strok dan serangan jantung. Kajian mendapati bahawa meminum 500ml jus Bit sehari boleh mengurangkan tekanan darah tinggi selama lebih 24 jam selepas minum, meningkatkan stamina dan sistem imun.

image

Salad Bit kegemaran suami & anak, cepat je habis hehe..
image

Bahan-bahan:

1) 1/2 mangkuk ikan bilis digoreng garing ditoskan
2) 6 ulas bawang putih diketuk, dicincang dan digoreng hingga kekuningan dan ditoskan
3) 1 biji Bit (saiz sederhana) dihiris
4) 2 ulas bawang merah dihiris nipis
5) 4 biji tomato ceri dihiris
6) Segenggam daun ketumbar dihiris
7) Lada hitam dan garam secukup rasa.

Semua bahan-bahan dicampur dan digaul sehingga rata…

Keesokan hari saya buat salad bit ikan masin kurau pula 🙂

image

Bahan-bahan:
1) 1/2 biji bit dihiris
2) Ikan masin kurau dihiris nipis dan kecil, digoreng dan ditoskan. Letak banyak ikan masin lagi sedap, terpulang pada citarasa.
3) 6 ulas bawang putih diketuk dan dicincang. Goreng hingga kekuningan dan toskan.
4) 3 ulas bawang merah dihiris
5) 5 biji tomato ceri dihiris
6) Sedikit cili padi dihiris
7) Lada hitam dan garam secukup rasa.

Gaul semua bahan2 diatas sehingga rata.

Meh cuba salad Bit 🙂

Anyway just to give you extra info, eating lots of Beetroot can turn your pee pink, so dont worry! 😉


The health benefits of Beetroot.

Pecans

Satu kajian penyelidikan dari Loma Linda University (LLU), yang telah disiarkan dalam journal of nutrition, menunjukkan bahawa antioksidan semulajadi yang terdapat di dalam kacang pecan boleh membantu kepada kesihatan jantung dan pencegahan penyakit.

Pecan kaya dengan vitamin E yang dikenali sebagai gamma-tocopherols, protein dan serat. Kajian mendapati selepas memakan kacang pecan, tahap gamma-tocopherols dalam badan akan meningkat dua kali ganda dan paras LDL di dalam darah menurun hampir sebanyak 33%. Menurut penyelidik dari LLU, makan pecan meningkatkan jumlah antioksidan yang sihat di dalam badan. Kesan perlindungan ini adalah penting dalam membantu untuk mencegah pelbagai penyakit seperti kanser dan penyakit jantung.

image

image
Kacang pecan juga kaya dengan oleic acid-sama jenis dengan asid lemak yang ditemui dalam minyak zaitun. Ujian makmal telah menunjukkan bahawa oleic acid mempunyai keupayaan menghalang aktiviti gene dalam sel-sel yang dianggap mencetuskan kanser payudara.

Dr. Jonny Bowden, Ph.D and clinical nutritionist menulis dalam bukunya “The 150 Healthiest foods on Earth”, bahawa pecan sebenarnya adalah antara makanan yang paling berkhasiat apabila tidak disaluti dengan gula. Pecan mengandungi Vitamin K, juga dikenali sebagai phylloquinone. Tanpa vitamin K, kalsium dan mineral lain seperti magnesium tidak dapat menyerap ke dalam tulang.

Menurut University of Maryland Medical Center, tahap rendah vitamin K dikaitkan dengan osteoporosis. Vitamin K boleh membantu mengurangkan risiko keretakan tulang dan meningkatkan ketumpatan tulang.

Walaupun pecan baik untuk kesihatan, ia tinggi kalori. Jadi kalau merancang nak menurunkan berat badan tak bolehlah makan banyak… 😀


Antioxidants in pecans may contribute to heart health and disease prevention.

Vitamin K in Pecans

Tomato ‘pencegah strok’

Umum mengetahui penduduk negara Barat amat menggemari buah tomato namun ia tidak sebegitu popular dikalangan rakyat kita. Sebenarnya buah tomato ini banyak khasiatnya. Saya pernah terbaca beberapa petikan akbar mengenai buah tomato yang dikatakan boleh mencegah strok.

Menurut penyelidik di Finland, makanan yang kaya dengan tomato boleh membantu untuk mengurangkan risiko mendapat strok.

Satu kajian terhadap 1,031 lelaki, yang diterbitkan dalam jurnal neurologi, tahap lycopene yang tinggi dalam aliran darah, adalah yang paling kurang berkemungkinan untuk mendapat strok.

Lycopene adalah bahan kimia yang memberikan warna merah kepada tomato bertindak sebagai antioksidan, mengurangkan keradangan (inflammation) dan menghalang terbentuknya pembekuan darah. Lycopene adalah nutrien larut lemak juga ditemui dalam tembikai, betik, anggur,mangga dan cili. Terdapat juga beberapa kajian yang mencadangkan lycopene boleh mengurangkan risiko kanser prostat dan lain-lain jenis kanser.

image

Pada tahun 2010, Amerika Syarikat telah mengemaskini garis panduan pemakanan, yang menyarankan penduduk Amerika “meningkatkan” pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Mengambil sekurang-kurangnya 2 1/2 cawan buah dan sayur setiap hari dikaitkan dengan penurunan risiko serangan jantung dan strok.
Diet, bersenam dan tidak merokok adalah sangat penting untuk mengurangkan risiko strok.
Penyelidikan menunjukkan bahawa tomato yang dimasak bukan sahaja meningkatkan kandungan lycopene yang boleh diserap oleh badan, tetapi ia juga meningkatkan jumlah aktiviti antioksidan.

Siapa sangka ya, buah yang kecil mempunyai khasiat yang besar!

‘Gaya hidup sihat adalah penting untuk pencegahan strok’

Rujukan:


Tomatoes are ‘stroke preventer’

Tomato Helps Cut the Risk of a Stroke, Study Shows

Khasiat tomato