Ayam Bawang Rosemary

Resipi untuk hari ini, Ayam Bawang Rosemary!

Selamat mencuba 😀
image

Bahan-bahan:
4 keping dada ayam, kulit ayam dibuang dan dipotong kecil
2 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
1 1/2 sudu teh rosemary kering
Cili padi (terpulang pada citarasa)
1/2 sudu teh serbuk kasar lada hitam
Serbuk kunyit
Garam
1 1/2 sudu besar mentega
Minyak

Cara:

1) Panaskan minyak dan goreng bawang besar sehingga kuning. Toskan dan tabur sedikit garam pada bawang goreng. Kacau sehingga rata
2) Gaul ayam dengam garam dan kunyit
3) Kemudian goreng ayam sehingga garing dan toskan.
4) Satukan ayam dan bawang goreng. Gaul sehingga rata
5) Tumbuk bawang putih, cili padi dan rosemary sehingga hancur
6) Panaskan 1 sudu besar minyak (supaya mentega tidak mudah menjadi hitam) dan masukkan mentega.
7) Tumis bahan yang ditumbuk sehingga kekuningan.
8) Masukkan ayam bawang. Goreng dan kacau sehingga rata

Ayam Sos Putih

Assalamualaikum..

Ayam Sos Putih ialah hidangan makan malam kami sekeluarga. Alhamdulillah sedap 😀

Jom lihat resipi..
image

Bahan-bahan:

4 keping dada ayam. Potong kiub isi dada ayam. Tulang ayam juga dipotong kecil
1/4 cawan minyak
50g mentega
5 ulas bawang putih diketuk dan dicincang
6 biji cili padi dihiris nipis
1/2 sudu teh serbuk kasar lada hitam
5 helai daun limau purut. Urat daun dibuang dan daun di mayang halus
1/2 cawan santan kotak jenama Kara
1/3 cawan air
Garam

Cara:

1) Panaskan minyak dan masukkan mentega
2) Tumis bawang putih sehingga kuning dan masukkan cili padi
3) Masukkan ayam dan goreng sehingga masak
4) Masukkan santan, air, lada hitam, daun limau purut dan garam secukup rasa. Masak sehingga santan mendidih.

Selamat mencuba..

Ayam Goreng Bawang

Assalamualaikum.
Salah satu hidangan makan malam tadi ialah Ayam Goreng Bawang.

Jom tengok resipi…

image

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam kampung, potong kecil dan buang kulit
Garam
Serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng
I sudu besar mentega
1 sudu besar minyak sapi
2 labu bawang besar, belah dua dan hiris kasar
5 ulas bawang putih diketuk
6 tangkai cili kering, hiris dan buang biji
2 sudu teh biji lada hitam

Cara:
1) Gaul ayam, garam dan serbuk kunyit sehingga rata.
2) Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak dan garing. Angkat dan toskan
3) Masukkan bawang besar dan bawang putih ke dalam minyak goreng ayam
4) Bila bawang kelihatan hampir garing, masukkan cili kering dan lada hitam. Goreng sekejap dan kemudian tuang ke dalam penapis. Toskan
5) Panaskan kuali, masukkan minyak sapi dan mentega. Masukkan bawang yang telah digoreng dan sedikit garam. Kacau sehingga rata.
6) Akhir sekali, masukkan ayam dan goreng sekejap. Gaul rata.