Bubur Nasi Ayam

Chicken Rice Porridge (Bubur nasi ayam) & Pickled Vegetables
Great for those on diet! 😀

image

Bubur Nasi Pegaga

As salam.

Sebelum ini saya pernah masak nasi bubur daun kari dan hari ini saya nak share satu lagi menu sihat iaitu bubur nasi pegaga.. Bagi saya masakan ini sedap dan sesuai dihidang bila-bila masa dan memenuhi citarasa saya…
Ulam pegaga telah diiktiraf oleh pertubuhan kesihatan sedunia (WHO) sebagai herba yang dapat menjana kecerdasan berfikir dikalangan kanak-kanak. Ulam pegaga juga dikatakan dapat membantu peredaran darah dan meningkat kesihatan kulit. Ia juga baik untuk menurun tekanan darah tinggi, menjadi penawar ulser, membantu merawat buah pinggang dan melawas buang air kecil.

Jom lihat resipi ini

image

Bahan-bahan:

1) 1 mangkuk nasi
2) 3 mangkuk air
3) 100g ulam pegaga
4) 5 ulas bawang merah dihiris nipis
5) 2 ulas bawang putih dihiris nipis
6) 1/2 kotak santan kara
7) Serbuk kasar lada hitam
8) Garam secukup rasa

Cara:
1) Nasi dan 1 cawan air dikisar sekejap. Jangan lumat
2) Pegaga dan 1 cawan air dikisar sehingga lumat. Tuang ke dalam periuk nasi
4) Masukkan 1 cawan air lagi ke dalam periuk nasi, bawang merah dan bawang putih. Masak sehingga mendidih
5) Kecilkan api dan reneh nasi selama 15 minit
6) Kemudian masukan santan, lada hitam dan garam
7) Mendidih sekejap, padam api

Bubur nasi ulam pegaga ini sedap dimakan dengan daging bakar atau ikan bakar

Anak saya pula suka makan dengan ikan bilis goreng 🙂

Selamat mencuba

Bubur Nasi Daun Kari

As salam & hi all

Alhamdulillah, sejak beberapa hari ini kerap pula hujan. Kita patut bersyukur dengan kurniaan Allah swt ini. Rasanya bulan depan, air tidak lagi dicatu. Leganya..
Hari ini saya share satu lagi resipi yang mudah dan simple untuk dicuba. Jika semalam saya hidangkan masakan bergoreng, kali ini kita beralih pula kepada menu sihat. Sesuai dihidang pada bila-bila masa terutama di waktu sarapan.

Resipi ini dari maid yang berasal dari Sri Lanka. Katanya khasiat daun kari sangat baik untuk kesihatan badan dan di negaranya bubur nasi ini sering dimakan pada waktu sarapan. Katanya lagi hidangan ini dapat mencergaskan badan. InshaaAllah

image

Bahan-bahan:
1) 1 cawan beras. Masak nasi seperti biasa
2) 10 tangkai daun kari muda
3) 4 cawan air
4) 3 ulas bawang merah dihiris nipis
5) 2 ulas bawang putih dihiris nipis
6) 1/2 cawan santan kotak (saya guna kara)
7) Serbuk kasar lada hitam dan garam secukup rasa

Cara:
1) Nasi dikisar dengan 3 cawan air. Kisar sekejap, anggaran 5 saat saja sebab tidak mahu nasi menjadi terlalu halus
2) Lurut daun kari, buang batang. Kisar dengan 1 cawan air sehingga lumat
3) Masak daun kari dengan nasi kisar sehingga mendidih
4) Masuk bawang merah dan bawang putih. Reneh nasi selama 15 minit
5) Masukkan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa
6) Akhir sekali masukkan santan. Mendidih saja bolehlah padam api.

Bubur nasi daun kari ini menepati selera saya.. masakan ini juga sesuai untuk mereka yang merancang nak turunkan berat badan 🙂
Hidangan simple ini boleh juga dimakan bersama daging, sayur dan ikan bilis goreng.

Selamat mencuba