Bubur nasi kekacang

Bubur nasi kekacang ini sangat sesuai dihidangkan terutama pada anak-anak untuk sarapan sebelum ke sekolah kerana ia berkhasiat. Ia kaya dengan serat, zat protein, vitamin dan mineral.

image

image

image

Kimchi
image

Bahan-bahan:

1) 1/2 cawan kekacang, direndam semalaman
2) 1/2 cawan beras
3) 3 batang serai diketuk-ketuk
4) 3″ halia di ketuk
5) 6 ulas bawang putih dibelah dua dan 2 batang carrot dipotong dadu
6) 2 ketul dada ayam
7) Daun bawang dipotong kecil, 2tbsp minyak zaitun, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa

Cara-caranya:

1) Rebus kacang dan beras bersama 4 cawan sehingga mendidih dan kemudian kecilkan api
2) Masukkan serai, halia, bawang putih, carrot dan dada ayam dan masak selama 1 jam
3) Dah masak tutup api dan masukkan minyak zaitun, garam dan lada hitam secukup rasa
4) Keluarkan ayam dan carik isi ayam halus-halus
5) Sebelum makan taburkan isi ayam dan daun bawang

Saya suka makan bubur ni bersama kimchi atau marmite. Sedap juga di makan begitu saja. 😀

Bubur Nasi.

Semalam saya masak bubur nasi kegemaran anak lelaki saya dan suami.

image

2 batang serai, 4 ulas bawang putih, 1/2 sudu makan halba, halia 1 inci dan lada sulah.

image
2 keping fish fillet di potong kiub

image
1 lobak merah

image
Bila nasi dah hampir kembang, saya masuk semua bahan diatas dan 1 sudu makan goji. Garam secukup rasa.

image

4 labu bawang besar yang dihiris nipis dan diperap dengan 1 sudu makan cuka epal (kalau suka rasa masam lebih sikit, tambah 1 sudu lagi) selama 10 minit dan masukkan secubit garam. Goreng macam biasa.

Anak saya kata ” i like it so much “. Rasanya saya senyum sampai ke telinga. Hahaha…. Bestnya bila masakan kita dipuji!