Puyuh Percik

Assalamualaikum

Resipi hari ini..
Jom try

image

Bahan-bahan:

1) 5 ekor burung puyuh dibersih dan digaul dengan garam dan 1 1/2″ halia yang telah ditumbuk lumat. Perap selama 30 minit
2) 6 biji cili merah dibuang biji
3) 1 labu bawang besar
4) 4 ulas bawang merah
5) 2 batang serai
6) 1″ halia
7) 1/2 tsp halba ditumbuk hancur
8) Air asam jawa
9) 1 cawan air dan 1 cawan santan pekat/santan kotak kara
10) 2~3 tsp tepung jagung + sedikit air, kacau rata
11) 1~2 tsp gula organik dan garam secukup rasa

Cara:
1) Burung digoreng sehingga masak/ dibakar sehingga masak (panaskan oven terlebih dahulu, suhu 200°C)
2) Bahan 2~6 dihiris kecil, masuk 1 cawan air. Kisar sehingga hancur. Jangan terlalu lumat
3) Masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih
4) Kemudian masukkan halba, air asam jawa dan santan
5) Masukkan gula dan garam
6) Mendidih sekejap, masukkan tepung jagung. Kacau rata
7) Masak atas api tapi jangan sampai kuah terbit minyak.
8) Tuang kuah percik ke atas burung yang digoreng dan bolehlah dihidang.
9) Kalau burung dibakar: Bila burung bakar dah masak, celup burung ke dalam kuah dan bakar lagi. Ulang celup dan bakar beberapa kali. Kemudian bolehlah dihidang

Selamat menjamu selera…

Advertisements

Kari Pandan Burung Puyuh

Hi everyone, especially curry fans out there let’s try this recipe..

image

image

Bahan-bahan:
1) 8 ekor burung puyuh
2) 8 ulas bawang merah & 4 ulas bawang putih dimayang nipis
3) 2″ kulit kayu manis, 5 bunga cengkih, 3 bunga lawang dan 3 buah pelaga
4) 5 sudu besar rempah kari daging campur sedikit air
5) 2 helai daun pandan disimpul
6) 1 yogurt asli Nestle (470g).
7) 6 biji tomato ceri
8) 1 mug air

Caranya:
1) Tumis bahan 2 & 3 hingga bawang kekuningan
2) Masukkan rempah kari dan masak hingga terbit minyak
3) Masukkan 1 mug air dan masak hingga mendidih
4) Masukkan burung dan kemudian masukkan tomato ceri dan daun pandan.
5) Bila burung puyuh dah masak, akhir sekali masukkan yogurt dan garam secukup rasa.

Mmm… sedap bila cicah dengan roti 🙂

Manfaat Daun Pandan

Sup Burung Puyuh Berempah & Kerabu

Hidangan sihat…

SUP BURUNG PUYUH BEREMPAH
image

SUP BURUNG PUYUH BEREMPAH & SAYUR JERUK GORENG

image

Bahan-bahan:

1) 5 ekor burung puyuh & 6 cawan air
2) 1 tbsp biji ketumbar
3) 1/2 tsp biji jintan manis & 1/2 tsp biji jintan putih
4) 1 tbsp biji lada hitam
5) 8 ulas bawang putih diketuk
6) 2″ halia dihiris & cili padi dihiris
7) 3 kuntum bunga lawang, 3 bunga cengkih, 3 buah pelaga dan 2″ kulit kayu manis
8) 1 mangkuk hirisan daun ketumbar

Cara:
1) Bila air dah mendidih baru masukkan semua bahan 1~7 dan biar atas api sehingga masak
2) Akhir sekali masukkan daun ketumbar dan garam secukup rasa.

Saya suka juga masukkan jus lemon kedalam sup burung puyuh sebelum dihidang.

Jom try pula sayur kerabu.

KERABU KACANG PANJANG KERINTING
image

image

Bahan-bahan:

1) 6 tangkai kacang panjang kerinting dicelur dan dihiris
2) 1 labu kecil bawang besar, dihiris nipis
3) 1 kuntum bunga kantan dihiris nipis dan dicincang halus
4) 2″ halia muda dimayang halus
5) jus lemon, 1 1/2 tbsp minyak bijan dan cili padi
6) Serbuk kasar lada hitam & garam

Bahan 2~6 digaul sebati dan kemudian masukkan kacang panjang kerinting.
Gaul rata dan biarkan 30 minit sebelum dihidang.

Ok, selamat mencuba. 🙂