Jerami Cempedak Bilis

Jom cuba resipi ini!

KULIT CEMPEDAK
image

JERAMI CEMPEDAK BILIS
image

image

Bahan-bahan:
1) 1 mangkuk kulit cempedak direndam dengan air garam selama sejam. Kemudian perah buang air garam dan hiris nipis
2) 1/2 tsp serbuk jintan manis
3) 3 ulas bawang merah dihiris nipis
4) 3 ulas bawang putih dihiris nipis
5) 4″ temu pauh dimayang
6) Sedikit cili padi dihiris nipis
7) Segenggam ikan bilis

Cara:
1) Gaul kulit cempedak, jintan manis dan garam secukup rasa sehingga rata dan biarkan selama 30 minit.
2) Panaskan 2 cawan minyak dan goreng kulit cempedak sehingga garing. Toskan
3) Goreng bahan 3~6 hingga garing dan toskan
4) Panaskan minyak yang bersih dan goreng ikan bilis hingga garing. Toskan
5) Campur semua bahan yang ditoskan. Gaul sehingga rata.

Ok, selamat menjamu selera.
.
.
.
.
.
.

Resipi:

Kulit cempedak goreng kunyit


Jeruk kulit cempedak (Mandai) & Mandai goreng

Kulit Cempedak

Hari ini tiba-tiba saya rasa nak mencuba sesuatu yang baru. Saya jarang makan apatah lagi masak kulit cempedak ini kecuali jeruk mandai. So dinner tadi saya trylah goreng bersama daun kari dan bawang putih.

image

Jom cuba resipi ni.

KULIT CEMPEDAK GORENG KUNYIT
image

image

Setelah lapisan luar kulit cempedak dibuang, bahagian lembut dihiris nipis untuk masakan ini.

Bahan-bahan:

1) 1 Mangkuk kulit cempedak yang dihiris nipis direndam dengan air garam (1/2 tbsp garam) selama 30 minit. Cuci dan bilas beberapa kali. Perah dan toskan
2) Serbuk kunyit & garam
3) 3 tangkai daun kari
4) 6 ulas bawang putih diketuk dan dicincang

Cara:
1) Gaul kulit cempedak dengan kunyit dan garam secukup rasa.
2) Goreng kulit cempedak dalam minyak yang banyak sehingga hampir kekuningan
3) Masukkan bawang putih dan bila hampir garing masukkan daun kari.
4) Bila dah garing toskan.

Mm… rupanya sedap jugak, bolehlah buat lagi. 🙂

Jeruk Kulit Cempedak Goreng

Dua hari sebelum ramadhan saya buat jeruk kulit cempedak ataupun disebut mandai. Ini adalah kali kedua saya membuatnya. Kali pertama saya cuma bubuh air dan garam sahaja dan saya dapati rasanya kurang enak jika dibandingkan dengan menambah cuka epal. Selepas seminggu barulah sedap mandai ini digoreng.

Jom cuba..

MANDAI GORENG
image

JERUK KULIT CEMPEDAK/MANDAI
image

Cara membuat mandai:

1) Setelah semua lapisan luar kulit buah cempedak dibuang, bahagian lembut dipotong kecil, dibasuh dan ditoskan, kemudian masukkan ke dalam balang kaca.
2) Masukkan 5 1/2 cawan air, 1 cawan gula molasses/1 cawan gula organik,  1 cawan cuka epal dan 3 tbsp garam himalayan ke dalam mangkuk besar, kacau sehingga larut dan tuang ke dalam balang kaca kulit cempedak.
3)Selepas 24 jam bolehlah di simpan dalam peti sejuk.

Mandai goreng.
1) 1 mangkuk mandai diperah buang sedikit air jeruknya dan tidak perlu dibasuh.
2) Masukkan1 tbsp serbuk kari ikan ke dalam mandai dan perap selama 5 minit. Kalau suka lebih masin bolehlah masukkan garam.
3) Panaskan minyak yang banyak dan goreng sehingga garing dan toskan.

Bagi saya sedap betul bila dimakan dengan nasi panas.

♥ 😉