Activated carbon teman bercuti

Cuti sekolah dah tak lama lagi. Masa ni lah yang paling sesuai merancang bercuti makan angin dengan anak-anak. Seronok kan bila dapat bawa anak-anak ke satu destinasi yang boleh berhibur dan meluangkan masa dengan mereka.

Setiap kali bila nak berjalan jauh, saya pasti membuat persiapan. Macam-macam nak bawa, terutama bila bawa anak-anak. Kini bila holiday selalu berdua je dengan suami sebab anak-anak dah kerja, jadi persiapan tak la banyak sangat. Dari dulu hingga kini, satu item yang sering saya bawa ialah activated carbon. Saya juga pastikan anak-anak tidak lupa membawanya, jika mereka pergi bercuti atau keluar bertugas outstation. Bila kita tahu faedah activated carbon ini, kita tidak akan mahu berjalan jauh tanpanya! 😀

image

Activated carbon juga dikenali sebagai arang diaktifkan atau karbon diaktifkan yang dibuat dari sumber kayu atau tempurung kelapa yang dibakar dan dikisar menjadi serbuk yang sangat halus. Selain dari tablet boleh juga didapati dalam bentuk kapsul.

Saya sering membawa activated carbon, sebagai penawar keracunan makanan. Tahu je lah, bila pergi holiday, sering makan diluar. Dalam berhati-hati memilih makanan kadang tu terkena juga makanan yang boleh menyebabkan sakit perut dan cirit birit. Bila perut dah mula rasa tak selesa, saya akan segera telan activated carbon. InsyaAllah sangat berkesan, kalau sakit pun tak lah teruk sangat. Saya baca tentang activated carbon ni, rupanya banyak manfaat. Tapi selama ni saya ambil cuma sebagai penawar sakit perut. Kalau berlaku sakit perut ketika di rumah saya lebih suka mengambil Aloe vera juice tapi bila travelling, activated carbon jadi pilihan sebab ia senang di bawa kemana saja.

Hmm… bagi ibu-bapa yang merancang nak pergi holiday dengan anak-anak, janganlah lupa bawa activated carbon ni. Kalau terkena keracunan makanan, cuba lah. It really helps! Tak bestkan bila pergi jalan-jalan nak seronok, tapi terpaksa terperuk dalam bilik hotel kerana sakit perut dan cirit birit… 🙂

 

Khasiat daun sirih

Terdapat pokok sirih di belakang rumah dan saya dapati pokok ini senang tumbuh  walaupun tidak pernah dibaja. Pokok ini hidup dengan sangat subur hinggakan saya perlu mencantasnya selalu. Entah kenapa begitu segar bugar pokok ini. Kalaulah semua pokok di rumah macam ini tanpa perlu penjagaan, kan best. 

image

Daun sirih banyak manfaat 

image
Setiapkali ada majlis pernikahan, sudah menjadi lumrah orang-orang Melayu akan menyediakan sirih junjung sebagai satu hantaran pengantin perempuan kepada pihak lelaki.

Sebenarnya daun sirih mengandungi sangat banyak khasiat untuk tubuh badan.

Air daun sirih boleh diminum seperti teh dengan merebus 5 atau 6 daun sirih yang matang dengan 2 cawan air selama 15 minit dan di minum pada pagi dan petang, dapat melegakan pening kepala, boleh mengatasi masaalah keputihan yang menggangu sebahagian wanita dan menyembuh dari cirit birit.

Rendam daun sirih dalam semangkuk air dan ramas daun ini dan gosok pada kulit badan, bukan saja dapat menghilangkan bau badan malah boleh menghaluskan kulit. Air daun sirih dapat mencuci bahagian sulit yang gatal. Tapi kenalah buat selalu baru berkesan.

Untuk menghilang bau mulut dan mencegah kerosakan gigi ambil beberapa helai daun sirih, basuh dan kunyah kemudian berkumurlah.

Daun sirih dikunyah hancur, airnya ditelan untuk hilangkan batuk dan lelah.

Bagi wanita yang menyusu, menghadapi bengkak dada. Layurkan daun sirih, bila suam tekapkan keatas dada.

Tumbuk daun sirih sampai lumat dan letak dibahagian sendi yang sakit boleh melegakan sakit2 sendi.

Cubalah petua diatas bagi yang menghadapi masaalah. Mungkin petua2 ni mujarab. Setiap penyakit ada ubatnya. Kita kena berusaha mencari dan mencuba. InsyaAllah.