Jeruk Cili

Sebentar tadi saya rasa cili jeruk yang saya buat beberapa hari lepas, hmmm…dah pun jadi dan sedap. Sejak kebelakangan ini saya suka sangat makan jeruk 🙂 Makanan yang dijeruk kaya dengan enzim, begitu bermanfaat untuk kesihatan jika dimakan tanpa dimasak kerana ia menggalakkan pertumbuhan bakteria usus serta membantu penghadaman dan penyerapan nutrien pada tubuh badan. InsyaAllah.

Resipi untuk jeruk cili ini sama dengan resipi jeruk kai choy dan kobis bunga cuma kali ini saya guna gula molasses. Gula molasses mengandungi pelbagai mineral dan ia berkhasiat berbanding dengan gula biasa yang tidak ada nutrien kecuali simple carbohydrates. Saya juga guna cuka epal dan bukan cuka biasa kerana cuka epal mengandungi banyak mineral, vitamin, acid dan enzim yang boleh mempertingkatkan kesihatan badan. Kelebihan cuka epal boleh memecahkan pembentukan kolesterol dalam saluran darah, mengawal tekanan darah tinggi, gout dan meningkatkan metabolisme badan serta merawat masalah sembelit.

GULA MOLASSES
image

43 batang cili hijau
image

image

image

JERUK CILI
image

Cili jeruk penambah rasa..
Sedap dimakan bersama kue teow goreng, mee atau meehoon sup dan sebagainya. Rasanya pedas, sedikit manis dan sedikit masin serta masam membuka selera makan 🙂

Okay, selamat mencuba.

Resipi:
Jeruk kai choy dan kobis bunga.

Salad Herba

Cuka epal banyak khasiatnya. Oleh kerana ia masam, saya cuba nak variasikan kegunaannya supaya ia dapat di ambil selalu terutama dalam makanan.

Salad herba yang ingin saya kongsikan hari ini simple je resipinya cuma kelainannya disini ialah saya masukkan cuka epal yang kaya dengan vitamin, mineral, dan enzim dengan madu yang diketahui mempunyai ciri-ciri syifa’. Rasa manis madu ini saya seimbangkan dengan rasa masam dari cuka epal.

image

Untuk maklumat lanjut tentang khasiat cuka epal bolehlah rujuk di entri saya terdahulu

image
Salad herba: Daun kesom, Petai & Bawang besar

image
Saya suka masukkan juga 1 tbsp minyak zaitun

image

Seperti salad lain, salad herba mempunyai khasiat yang sangat baik untuk kesihatan badan kita. Sedap di makan bersama nasi panas beserta sambal belacan atau sambal tempoyak.

Very simple and yet very nutritious!

Alfalfa dan buah2an

Bulan Ramadhan semakin hampir, nak kena biasakan perut kurangkan makan. Tengah hari ini rasanya tak nak makan nasi. Hmm….makan sayur dan buah2an. 😀

image

1 biji avocado dilenyek +2 sudu makan minyak zaitun + 1 sudu makan cuka epal + 1/2 sudu makan royal jelly dan sedikit garam + 2 sudu makan mayonnaise. Digaul semua bagi sebati dan biar sekejap(Bahan A)

1 biji epal, 1pear cina, 1/2 zucchini dan 1 tomato dipotong kiub dan segenggam alfalfa. Masukkan kedalam Bahan A dan gaul bagi rata.

Makan makanan berkhasiat dan jalan naik bukit, hmm… garenti boleh kurus dan sihat. Tidak perlu pergi gim bayar beribu ribu ringgit untuk kelihatan lansing! hehe