Salad jeruk & herba

Untuk peminat salad seperti saya,

Jom cuba salad ini.
image

Bahan-bahan:
1) 1/2 mangkuk jeruk sawi kerinting dihiris nipis. Perah, buang air jeruk
2) 3 biji timun kerdil dibelah empat & dihiris kiub
3) 1/2 biji tomato dihiris kecil
4) 1 ikat kecil daun putat dihiris
5) 1 ikat kecil daun tenggek burung dihiris
6) 3 ulas bawang merah dihiris nipis
7) 1 1/2 tbsp minyak bijan
8) Sedikit jus lemon, serbuk kasar lada hitam & garam
9) kalau suka pedas hiris sedikit cili padi.

Gaul semua bahan sehingga rata dan biarkan 30 minit sebelum dihidang.

Makan salad hampir setiap hari boleh menjadi salah satu daripada tabiat makan yang paling sihat. Ia juga salah satu hidangan yang paling mudah disediakan.β™₯ πŸ˜‰


Cara buat jeruk

Khasiat jeruk

Salad Jeruk

Salad jeruk sawi kerinting untuk berbuka puasa sebentar tadi. Mmmm…hidangan yang sihat. πŸ˜‰

JERUK SAWI KERINTING
image

SALAD JERUK SAWI KERINTING.
image

image

Bahan-bahan:
1) 1/2 mangkuk jeruk sawi kerinting diperah buang air jeruk dan dihiris nipis
2) 5 ulas bawang merah dihiris nipis
3) 2 tangkai cili merah dihiris
4) 1 kuntum bunga kantan dihiris nipis dan dicincang halus
5) Sedikit daun bawang dihiris
6) 1 1/2 tbsp minyak bijan.
7) Sedikit jus lemon dan garam secukup rasa.

Cara:
Gaul semua bahan 1~7 sehingga sebati.

Selamat mencuba. πŸ˜‰

Radicchio

Semasa saya berada di Korea selama 10 hari, hampir setiap hari saya makan radicchio. Walaupun berbagai jenis salad dihidang tapi radicchio juga pilihan saya.. Bukanlah sedap sangatpun… πŸ™‚ rasanya yang sedikit pahit tapi ia kaya dengan antioksidan dan serat. Radicchio juga mengandungi bahan yang dipanggil inulin yang boleh membantu mengawal paras gula dalam darah.

Susah juga nak jumpa radicchio sebab kebanyakkan supermarket tak jual. Saya beli radicchio ini dipasaraya dekat Bangsar Village. Saya dapati bila ia dibuat salad campur dengan bahan-bahan lain, sedaplah juga dan Β bila saya masak dengan cili jeruk jadi lagilah sedap, hehe…

Jom lah cuba resipi radicchio & cili jeruk.

image
SALAD RADICCHIO
image

RADICCHIO & CILI JERUK, my daughter’s favourite!
image

Bahan:
1) 8 biji cili jeruk dihiris :
2) 4-5 ulas bawang putih diketuk dan dicincang halus
3) Ikan masin kurau dihiris kecil, kuantiti terpulang pada anda
4) Radicchio dihiris, kuantiti terpulang pada anda.

Caranya:
1) Tumis bawang putih dan ikan masin hingga kekuningan.
2) Masukkan cili jeruk potong dan kacau rata.
3) Dah masak, akhir sekali baru masukkan radicchio dan kacau rata.

Okay, have a try. πŸ™‚