Cendawan Hitam Organik (Organic Black Fungus)

Baru saja selesai masak sup cendawan hitam dan sekarang pula nak cerita serba sedikit mengenai khasiat cendawan hitam yang sangat popular di kalangan kaum cina kerana ia sering di jadikan ramuan biasa dalam masakan mereka.

Cendawan hitam, biasanya dijual dalam bentuk kering ini mengandungi pelbagai mikronutrien seperti vitamin, mineral dan antioksidan. Dalam perubatan herba tradisional cina, cendawan hitam dianggap seperti aspirin kerana ia mampu mencairkan darah untuk mengelakkan pembekuan darah dari terbentuk, meningkat peredaran darah dan mencegah dari penyakit kardiovaskular.
Ia juga membersih paru-paru dan usus dan manfaat untuk pendarahan rahim, buasir, tekanan darah tinggi dan kolesterol.

Penyelidik mengesahkan 1 gram cendawan hitam mengandungi 154mcg trifosfat, disamping bahan kimia lain yang tidak dikenali menyumbang kepada keupayaan untuk menghalang pembekuan darah.
Polisakarida dan bahan kimia fenol dalam cendawan hitam bukan sahaja menghalang pertumbuhan tumor dan mencegah banyak jenis penyakit kronik seperti kanser dan strok malah ia juga dikatakan boleh meneutralkan kesan sampingan kemoterapi dan radiasi.

Cendawan hitam organik
image

Sup Cendawan
image

Black Fungus Soup ~ it is a very good blood tonic. ๐Ÿ˜€
image

Bahan-bahan:

1) 1/2 cawan cendawan hitam
2) 5 cawan air
3) 4″ halia
4) 2tbsp ikan bilis direbus dengan 1 cawan air selama 5 minit, tapis dan ambil air rebusan
5) 3tbsp minyak zaitun
6) Lada sulah dan garam secukup rasa

Basuh cendawan hingga bersih dan masuk kedalam periuk berisi 5 cawan air. Rendam selama 2 jam. Jangan buang air rendaman kerana banyak khasiat didalamnya. Kemudian masak atas api dan masukkan air ikan bilis dan halia, rebus selama 1 jam diatas api yang kecil. Periuk hendaklah di tutup ketika memasak cendawan. Tutup api dan masukkan minyak zaitun, lada sulah dan garam secukup rasa.

Bagi saya walaupun resipi ini mudah dan tak perlu banyak bahan, ia sedap… ๐Ÿ˜‰

Cuba la..

Kacang walnut

Ramai yang berkata, kalau makan banyak kacang boleh dapat gout, terutama makan kacang tanah. Hmm… pernah lah dengar begitu dari mereka yang menghidap gout. Baru ni saya baca, klik ~ I cured my gout, memberi informasi yang sangat menarik bagi mereka yang menghidap gout. Bila dah dapat gout, memang kena berhati-hati kalau nak mengambil sesuatu makanan, banyak betul pantang larang… tapi sebenarnya dalam apa jua, kesederhanaan adalah yang terbaik. Setiap yang overdose mesti ada kesan sampingan, ya tak?

image
Saya suka mengambil walnut mentah….

Saya suka beli pelbagai jenis kacang sebagai snek untuk keluarga. Banyak khasiat terkandung dalam kacang terutama dalam kacang mentah, contohnya kacang walnut. Diet yang kaya dengan kacang dan minyakย  walnut boleh membantu badan menangani tekanan dengan lebih baik. Menurut pasukan penyelidik dari Penn State, walnut boleh mempengaruhi tekanan darah pada masa rehat dan sewaktu stres. Kandungan omega 3 dalam walnut dikatakan sangat baik untuk kesihatan otak. Ia juga boleh menurunkan kadar kolesterol LDL dan meningkat kadar HDL.ย  Makanan ini juga boleh mengurangkan c-reactive protein dan petanda lain keradangan/inflammation. Walnut juga boleh memberi manfaat pada sistem jantung serta peredaran darah dan juga pada saluran darah untuk bertindak balas kepada pelbagai rangsangan dengan cara yang sihat.

Walnut juga sarat dengan vitamin, mineral dan antioksidan dan boleh juga membantu mencegah kanser, khususnya kanser prostat dan payu dara serta kencing manis. Memandangkan antioksidan yang pelbagai dan anti radang yang terdapat dalam walnut, ia juga boleh membantu pada kesihatan tulang.

Selain daripada khasiat tersebut ada kajian mendapati lelaki yang mengambil 75g walnut setiap hari sebagai makanan tambahan kepada diet mempunyai peningkatan dalam kualiti air mani berbanding dengan lelaki yang tidak makan kacang.

Bagi saya jelas sekali walnut sangat berkhasiat dan kini kami pun mula mengambilnya.

Untuk bacaan tambahan

Seven Great Benefits of Walnut oil

Walnuts ‘ Combat unhealthy fats’

Why walnuts could help men become dads

Delima

Ketika sedang asyik makan buah delima, tiba-tiba teringat pula pada mak saya. Actually she wanted to name me NILAM, haha…I always wonder why nilam and not delima? To me delima sounds better. Don’t you think so? Hmm… tak terlintas pulak dihatinya nak namakan saya zamrud. ๐Ÿ˜€
Mak saya kata, bila panggil nilam…manja bunyinya!

image
Sabtu lepas beli 3 biji buah delima ni, mahal juga. Sebiji RM 4.20, kecil pula tu tapi isinya bagus. Jadi berbaloilah. Mahal buah ini hampir setanding dengan avocado.

Bila ada kelapangan masa nanti, nak pergi beli anak pokok ini, nak tanam dekat rumah. Saya baca tentang BUAH DELIMA, ia memang sangat menarik. Buah ini sangat berkhasiat.
Masa saya muda dulu, macam-macam saya dengar perihal buah delima… Yang menghairankan saya ketika itu, orang selalu bicara tentang kehebatan kulit buah delima…. Minum air rebusan kulit delima untuk kesihatan jantung, melegakan cirit birit, merawat buasir, melangsingkan badan, jadikan scrub supaya kulit kelihatan cantik dan bersih. Hmm…betul ke semua tu? Sehingga kini yang saya tahu, kulit delima adalah penawar cirit birit. Bagus juga bila kita makan buah delima, kulit jangan dibuang. Potong kecil sebesar syiling 20 sen dan jemur kering. Simpan dalam bekas kedap udara. Bila perlu ambil 4 atau 5 keping dan rendam dalam secawan air panas. Minum 1/2 cawan. kalau masih tak berkesan minum baki selepas beberapa jam. Tak ingat dah petua ni baca dimana!

Benarkah buah delima menawarkan pelbagai manfaat? Adakah ia sehebat buah manggis?

Menurut ibn al-Gayyim; Buah delima menguatkan perut, baik untuk tekak, dada, paru-paru dan batuk.
Dalam American journal of cardiology, minum jus delima setiap hari boleh meningkat fungsi jantung, tekanan darah menjadi normal, menghalang pertumbuhan sel kanser dan meningkat sistem imun.

Bila usia semakin meningkat, sistem imun pun tidaklah sehebat semasa muda, membuat saya terfikir nak tanam pokok delima. -untuk bekalan hari tua hehe, serius ni!