Tomyam Kimchi

As Salam.

Hari ini untuk iftar saya masak tomyam kimchi.
Bagaimana rasanya?
Ada rasa kimchi dan ada juga rasa tomyam hahaha…. not bad!
Selamat mencuba sesuatu yang baru. 😀

image

Bahan-bahan:

2 cawan air
3 batang serai diketuk
1 1/2 inci lengkuas diketuk
Sedikit cili padi diketuk
1 biji buah tomato dibelah 4
1 labu bawang besar dibelah 4
1/2 mangkuk daun ketumbar (3 pokok)
7 helai daun limau purut
2 cawan kimchi
10 ekor sotong (saiz kecil) buang kulit dan dihiris
Jus lemon secukup rasa
Garam

Cara:

1.Masukkan air, serai, lengkuas, cili padi, tomato, dan bawang besar ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih dan kemudian reneh selama 10 minit.
2. Masukkan kimchi, daun limau purut, daun ketumbar dan sotong. Kacau rata.
3. Bila sotong dah masak, padamkan api. Jangan biarkan sotong lama di atas api nanti daging sotong akan menjadi liat.
4. Akhir sekali masukkan jus lemon dan garam secukup rasa.

Advertisements

Masak Lemak Kimchi

Assalamualaikum semua.
Udang masak lemak kimchi adalah salah satu masakan kegemaran kami sekeluarga. Setiap kali saya buat masak lemak kimchi ni, saya suka masukkan daun limau purut. Tapi kali ini, saya cuba pula dengan daun kunyit. Sedap! Saya tidak masukkan cili dalam masakan sebab kimchi kali ni sedikit pedas dari biasa. Saya juga masukkan lobak merah dan senkuang ke dalam kimchi untuk mempelbagaikan rasa…

Selamat mencuba.

image

image

Bahan-bahan:

2 cawan kimchi
7 ekor udang saiz besar
1 cawan air
2/3 sudu teh serbuk kunyit
2/3 cawan santan kotak
1 helai daun kunyit (saiz sederhana)
Garam

Cara:

1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali santan. Kacau diatas api sehingga kuah mendidih dan udang masak
2. Masukkan santan. Kacau rata. Mendidih sekejap bolehlah padam api.

Resipi Kimchi : Sila klik di link.

https://kasihilmar.com/2012/12/16/kimchi-makanan-berkhasiat/

Nasi Goreng Kimchi

Untuk peminat kimchi.
Nasi goreng kimchi untuk sarapan pagi dihari minggu..

image

Bahan-bahan:

1) 2 1/2 cawan nasi sejuk
2) 1 cawan kimchi
3) Sedikit minyak dan mentega
4) Daging lembut/ batang pinang dihiris nipis dan kecil
5) 3 ulas bawang putih dicincang
6) Serbuk kasar lada hitam dan kicap

Cara:

1) Panaskan minyak dan mentega. Tumis bawang putih sehingga kekuningan
2) Masukkan daging dan goreng sehingga kering
3) Masukkan kimchi dan goreng sehingga kering
4) Masukkan nasi sejuk dan gaul sehingga rata
5) Masukkan sedikit lada hitam dan kicap.
6) Goreng nasi sehingga kering.

Selamat menjamu selera..