Khasiat Spirulina.

Spirulina merupakan makanan yang beralkali dan sangat bermanfaat untuk tubuh badan seseorang kerana dapat membantu menyokong keseimbangan paras pH dan sering di gambarkan sebagai sumber makanan yang paling lengkap.

image
(Banyak pilihan dipasaran)

image
(Terdapat juga dalam bentuk serbuk, di katakan penyerapan lebih efektif )

Telah diketahui umum, jika darah menjadi lebih asidik maka ini akan mengundang kepada pelbagai penyakit. Spirulina dikatakan boleh membantu mengalkalikan darah, menyahkan toksin dalam badan disamping dapat meningkat kadar metabolisma, membantu menurun berat badan, meningkat kecerdasan mental, mengurangkan kolesterol dan triglycerides, melawan jangkitan virus, meningkat keupayaan menjana sel2 darah baru, memperkukuhkan sistem saraf dan juga menguatkan sistem imun.
image
(selain dari buku ini, saya juga layari internet untuk mendapat informasi tentang spirulina)

Spirulina kaya dengan zat vitamin, mineral, chlorophyll, omega 3 dan omega 6 juga mengandungi kadar protein yang tinggi, melebihi daging, telur, sayuran dan kekacang.

Pengambilan spirulina sebagai supplement tambahan akan memberi kesan yang sangat positif kepada kesihatan badan.

Khasiat Bawang Putih

Ramai yang tidak sanggup makan bawang putih mentah kerana bau yang tidak menyenangkan pada mulut dan juga nafas. Namun begitu khasiat bawang putih amat dikagumi. Terlalu banyak manfaat untuk tubuh badan.

image

Adakah khasiat bawang putih akan berkurangan atau hilang sekiranya dimasak? Ada yang mengatakan ya dan tidak.
Terdapat enzim didalam bawang putih yang akan musnah sekiranya dimasak kerana enzim2 ini tidak akan mampu bertahan dengan suhu panas yang tinggi. Namun begitu bagaimana dengan kandungan vitamin, mineral dll?
Yang pasti tidak akan sama keberkesanan yang masak dan yang mentah pada tubuh badan. Kerana enzim memainkan peranan yang sangat penting untuk kesihatan.

Bagaimanakah cara menghilangkan bau mulut dan nafas? Boleh kunyah bunga cengkih atau daun pasley.

Khasiat? Meningkat kadar kolesterol hdl dan menurunkan  ldl. Membantu proses pencernaan, mengeluarkan tosik, dapat menurun kadar gula dalam darah, mencairkan darah, mencegah penyakit jantung dan pengerasan arteri, melarut lemak, meningkat sistem imun, mencegah kanser, melancar buang air kecil, merawat selsema, lelah, mencairkan kahak dan banyak lagi.
image
(Buku ini juga saya gunakan untuk sebahagian rujukan)

Cara mengambil,
2 atau 3 ulas sehari semasa makan,
1/2 atau 1 sudu teh jus bawang putih dicampur dengan madu lebah atau air.
Kalau rasa tak sanggup nak makan mentah boleh lah beli yang kapsul.
Terdapat dijual di Farmasi, Guardian, Vitacare dan supermarket.

Semoga catatan diatas dapat membantu meningkatkan kesihatan. Selamat mencuba, insyaAllah tiada kesan sampingan, tapi bagi mereka yang mengambil ubat darah tinggi atau kencing manis dapatkan nasihat doktor sekiranya bercadang mengambil bawang putih dalam bentuk kapsul.

Berries ( Acai dan Goji )

Hari ni rasa best sangat dapat beli dua jenis  ‘Berries’ kegemaran saya. Acai dan Goji.

image

image

Acai berry berasal dari hutan amazon. Mengandungi antioksida yang tinggi dibanding dengan buah2 seperti anggur, blueberry, blackberry dan cherry.
Baik untuk kesihatan jantung, kolesterol, membantu melambatkan proses penuaan, vitamin B yang dapat mengurangkan tahap stres, meningkat tahap tenaga, bagus untuk mata, melindungi arteri dan kapilari juga pembuluh darah dan saluran darah.
Acai berry dikatakan dapat membantu meredakan sakit sendi dan menguatkan sistem ketahanan badan. Kandungan kalsium yang tinggi sangat baik untuk tulang.

Saya tidak pernah jumpa acai berry yang dikeringkan dan selalu beli dalam bentuk serbuk atau jus. Tidak seperti goji berry.

image

Saya makan goji berry macam makan kismis atau makan bersama oat. Seperti juga acai berry, kandungan nutriennya sangat tinggi. Kaum cina sangat gemar pada goji berry. Mereka akan masukkan goji berry kedalam masakan terutama dalam’ vegetable herbal soup’ dan sup ayam. Goji berry boleh dimasukkan kedalam pelbagai masakan. Saya tak pernah masak kari atau masak lemak masuk goji berry, tapi kalau nak buat satu kelainan dalam masakkan anda apa salahnya. Boleh le cuba. Mungkin sedap!!

Berilah pada anak2 acai dan goji kerana berries2 ini sangat baik untuk tumbesaran mereka.