Percik Ayam Kukus

Masakan Ayam Percik saya ni mudah je, tambahan pula bila dikukus. Saya kurang gemar percik ayam bakar terutama yang dijual di pasar malam. Saya akui percik ayam bakar memang sedap tapi tiap kali nak makan hati saya risau sikit. Bukan apa, burnt chicken is bad for health and can cause cancer, nauzubillah. Saya juga takut nak makan satay! Bukanlah tak makan langsung tapi jarang sekali.. 🙂
Kalau boleh nak jauhi makanan-makanan yang boleh memudharatkan kesihatan tapi bila teringin tu kadang-kadang makan je, hehe..

kalau Allah tetapkan sakit, kita tetap akan sakit, ya tak? Tapi usaha jaga kesihatan tu wajibkan?

Jom tengok resipi percik ni..

image

image

Bahan-bahan:
1) 1 ekor ayam kampung
2) 1 1/2″ halia
3) 6 ulas bawang merah
4) 3/4 tsp serbuk jintan manis
5) 3/4 tsp serbuk jintan putih
6) 1tsp halba dan garam secukup rasa
Bahan 2~6 ditumbuk

Untuk kuah:
1) 1 batang serai dihiris
2) 6 ulas bawang merah
3) 1/2″ halia
4) 3/4 tbsp serbuk cili kering / terpulang
5) Gula molasses dan garam secukup rasa
6) 1/2 kotak kecil santan kara atau 1/2 cawan santan pekat. kalau nak rasa lebih lemak kena tambah santan.
7) Tepung jagung untuk pekatkan kuah
8) 2 keping asam gelugur.
Bahan 1~4 dikisar

Cara:

1) Masukkan secukup air dalam periuk pengukus, jangan terlalu banyak kerana air ini akan digunakan untuk masak kuah percik nanti. Untuk masak kuah nanti perlu 1 cawan air ini.
2) Bahan yang ditumbuk dilumurkan pada ayam dan perap selama 1 jam.
3) Kukus ayam selama 20~30 minit atau sehingga masak.

Untuk kuah
1) Masukkan 1 cawan air kukus ayam kedalam periuk dan masukkan bahan yang dikisar.
2) Bila dah mendidih, masukkan santan dan kacau hingga masak. Masukkan asam gelugur, gula dan garam secukup rasa dan akhir sekali masukkan tepung jagung yang telah dicampurkan dengan sedikit air. Kacau hingga pekat dan masak.

Sebelum hidang tuangkan kuah keatas ayam dan selamat menjamu selera..  😉

Eggplant side dish (Gaji namul)

Malam ni dinner saya buat gaji namul. Gaji namul adalah resipi korea dari Maangchi. Walaupun resipi ni simple je tapi bagi saya sedap. Bagi sesiapa yang nak kurangkan makan masakan bergoreng, boleh lah cuba resipi ni. 🙂

image

image

image

image

Bahan:
1) 5 biji terung, belah dua dan kukus. Dah masak biarkan sejuk dan kemudian carik kasar2
2) 3 ulas bawang putih, dihiris nipis atau di cincang.
3) 1/2 tbsp serbuk cabai kering
4) 1/2 tbsp minyak bijan
5) 2 tangkai daun bawang dihiris
6) 2 tbsp kicap
7) 1/2 tbsp bijan, digoreng tanpa minyak dan garam secukup rasa.

Semua bahan dicampur dan gaul sehingga rata. Dah pun ready dimakan, enak dengan nasi putih…

Selamat mencuba 🙂

Ikan kukus kantan

Semalam saya masak ikan kukus untuk dinner. Kata suami, just cook something simple,nutritious but tasty. Bestnya, “cook something simple”, itu yang saya suka dengar sekali. Nutritious memang objektif saya dalam masakan tapi bila suami sebut simple, nutritious dan sedap, yang itu agak sukar sikit hehe

Saya pun geledahlah peti sejuk dan nampak lemon dan bunga kantan, apalagi teruslah perap ikan dan kemudian masak ikan kukus kantan yang berkhasiat 🙂

image

image

Bahan-bahan:

1) 1/2 ekor ikan senangin di kelar
2) 1 labu bawang besar di hiris
3) 2″ halia dimayang
4) 3 ulas bawang putih dihiris nipis
5) 1 tbsp minyak bijan
6) Lada sulah dan garam secukup rasa
7) 1 kuntum bunga kantan dihiris nipis
8) 1/2 biji lemon dihiris nipis, kalau suka lebih masam boleh tambah
9) Daun bawang dipotong

Panaskan air dalam pengukus

Caranya:

1) Ikan diperap selama 30 minit dengan bahan-bahan 2~6
2) Sebelum kukus ikan saya tabur bunga kantan, lemon dan daun bawang
3) Kukus selama 25 minit atau sehingga ikan masak.

Dah masak!
Simple? – yes
Nutritious? – yes
Sedap? kenalah cuba sendiri, hehe..