Pukul 9 malam tadi masak labu butternut. Lewat masak? Tu le, tiba2 rasa nak makan, asalnya rancang nak masak esok. Oleh kerana resepi ni mudah sangat, saya pun terus ke dapur….panaskan oven pada suhu 200°C

Saya masak 1/2 labu. (dah lewat malam, kalau masak semua nanti tak habis pulak). Tengok pada gambar ni macam buah betik kan? labu butternut ni dilahirkan di Australia, harga mahal dari labu biasa. Rasa? bagi saya lain sikit, mungkin tekstur lebih halus.

Panas 3 sudu makan butter + 3 sudu makan madu + garam + lada hitam (bagi saya tabur banyak lada hitam lagi sedap) dan gaul bagi sebati

Masukkan labu yang dipotong kiub (1 1/4 inci) kacau bagi rata dan bakar selama 40 minit. Sekali sekala balik2 kan

Hmm….dah pun masak, nampak enak! kata suami rasa sedap!