Tenggiri Rosemary & Senangin Asam Paya

Untuk dinner semalam, saya hidangkan masak lemak ikan senangin daun asam paya dan ikan tenggiri goreng rosemary. Daun asam paya memang sedap kerana rasanya yang sedikit masam sesuai untuk masakan ini. Pucuk muda asam paya segar boleh juga dibuat ulam tapi bagi saya kalau dicelur sekejap, lagi sedap dimakan dengan sambal. Namun malam semalam saya cuma sediakan salad jeruk kai choy kerana ia lebih sesuai…

image

MASAK LEMAK SENANGIN ASAM PAYA
image

JERUK KAI CHOY
image

SALAD JERUK KAI CHOY
image
Salad jeruk kai choy mudah disediakan. Saya cuma perah jeruk kai choy dan hiris. Kemudian campur 1 labu bawang besar, cili padi , segenggam daun kesom, yang semuanya juga dihiris. Lepas itu masukkan pula lada hitam dan 1 tsp minyak bijan. Gaul semuanya sehingga rata. Biarkan 30 minit sebelum dihidang.

IKAN TENGGIRI ROSEMARY
image
Untuk masakan ikan tenggiri rosemary, saya tumbuk 1 tsp rosemary dan 4 ulas bawang putih dengan garam. Kemudian lumur pada ikan dan perap selama sejam. Panaskan sedikit minyak dan goreng di atas api yang kecil.

Mmmmm… lazatnya & menyelerakan. 🙂

Khasiat Mengkudu & Masak Lemak Daun Mengkudu.

Khasiat Mengkudu:
Buah dan daun: Direbus dan diminum untuk melembutkan kulit, melawas buang air kecil dan besar, melawas haid dan mengeluarkan toksin.
Air rebusan buah atau jus buah: Diminum untuk merawat batuk, asma, bengkak limpa, membunuh cacing dalam perut dan usus, diabetes, disenteri, hepatitis dan melancar pengaliran darah.
Daun: Direbus dan diminum sebagai tonik, merawat demam panas dan mengetatkan tisu.

Pes daun boleh ditampal pada bisul, gatal-gatal, luka, nanah, psoriasis dan ulser.
Daun dipanaskan diletakkan pada dada untuk melegakan batuk, rasa mual, bengkak limpa dan kolik.
Kulit kayu: Direbus dan diminum untuk merawat cirit birit.
Akar: Direbus dan diminum sebagai antibiotik, antiseptik, tonik, menguatkan badan, ubat demam panas, merawat disenteri, pendarahan dalam, kaku, buasir, sesak nafas, pendarahan dalaman, membunuh cacing dalam perut dan usus, mengurangkan tekanan pada arteri dan tekanan darah tinggi.

Hebat betul khasiat pokok mengkudu…
Bagus juga pokok ini ditanam diperkarangan rumah, boleh memberi manfaat pada kita bila perlu, insyaAllah. 🙂
Sumber: Sayuran
khasiat makanan & ubatan
Oleh: ONG HEAN CHOOI

image

image

Jom masak..
image

image

image

Bahan-bahannya:
1) Daun mengkudu 15 helai atau lebih terpulang
2) Ikan masin kurau, 12 ketul yang telah dipotong kecil.
3) 6~8 biji buah asam belimbing
4) 5 biji cili padi
5) serbuk kunyit
6) 6 biji pisang muda
7) 1 kotak kecil santan kara tanpa kolesterol. Kalau ada santan segar lagi sedap 🙂
8) 2 cawan air atau lebih, terpulang. Saya suka kuah yang pekat.

Cara membuatnya:
1) Daun mengkudu direbus sekejap dan kemudian dihiris. Kemudian dibilas 3~4 kali dan diperah supaya pahit daun mengkudu ni dapat dikurangkan.
2) Tumbuk cili padi dengan serbuk kunyit dan masukkan kedalam periuk berisi air dan masak atas api dan bila mendidih masukkan ikan masin kurau. Kemudian masukkan pisang yang telah dihiris, asam belimbing yang telah dibelah dua dan daun mengkudu. Masak sekejap lagi atas api… tak perlu masukkan garam kerana kuahnya dah masin.

Ok dah masak, boleh dihidang.
Jom makan.. 🙂