Bihun Sos Tiram

Assalamualaikum…

Menu untuk makan petang tadi adalah bihun goreng dengan sos tiram..

image

image

Bahan-bahan:
1 paket bihun (cap jasmine)
350g daging batang pinang
500g kobis
300g sayur sawi
12 ulas bawang putih
Cili padi
3 tbsp penuh sos tiram
2 tbsp penuh sos tomato
1 tbsp penuh sos cili
1 tsp serbuk lada putih
Kicap dan garam secukup rasa

Cara:

Rendam bihun dengan air panas sekejap, toskan dan siram air dan toskan
Daging dihiris nipis dan kecil
Kobis dihiris
Sawi dihiris dan asingkan daun dan batang
Cili padi dan bawang putih dikisar/tumbuk tapi jangan lumat
Panaskan minyak
Tumis bahan kisar dan goreng sehingga bawang kekuningan
Masukkan daging dan goreng sehingga masak
Masuk semua sos, serbuk lada putih, kicap dan garam. Kacau sehingga rata
Masukkan batang sawi. Bila dah lembut, masuk kobis dan daun sawi
Masukkan bihun dan gaul sehingga rata dan masak.

Ok, jom makan! 😀

Bebola durian untuk minum petang

Baru saja selesai masak bebola durian untuk minum petang. 🙂

image

image

Bahan-bahan:
1) Isi durian
2) Tepung pulut
3) Gula secukup rasa
4) Garam secukup rasa
5) 1 kotak santan kara, tanpa kolesterol

Cara-caranya:

1) 1~4 dicampur dan buat bulat-bulat macam kuih buah melaka
2) Masukkan bebola durian ke dalam air yang telah mendidih
3) Bebola durian akan timbul bila dah masak, keluarkan dan rendam di dalam air
4) Untuk kuah, dalam periuk masukkan santan kotak dan air dan masak.
5) Bila santan dah mendidih, masukkan tepung pulut untuk pekatkan kuah dan akhir sekali gula dan garam secukup rasa.
6) Masukkan bebola durian dan biarkan atas api kecil sekejap je dan kacau selalu.

Selamat mencuba 😉