Nasi Bawang Goreng

Hi all,
Resipi hari ini sesuai untuk sarapan. Kalau ada nasi semalam yg berlebihan, bolehlah try ..
Sedap makan dengan ikan bilis dan telur dadar goreng.

image

Bahan-bahan:

Nasi sejuk (untuk 4 orang makan). Digembur/lerai
2 labu bawang besar dibelah dua dan hiris nipis
Ikan masin kurau dihiris halus. (Saya suka masukkan banyak ikan masin kurau)
Cili padi dihiris nipis
8 ulas bawang putih dicincang halus
1 sudu besar minyak sapi
5 helai daun limau purut. Urat daun dibuang dan daun dihiris halus
Minyak
Garam jika perlu

Cara:

1) Panaskan minyak dan goreng bawang sehingga garing. Toskan
2) Gaulkan nasi sejuk dan bawang goreng sehingga rata.
3) Panaskan sedikit minyak. Masukkan minyak sapi dan tumis bawang putih sehingga garing.
4) Masukkan cili padi dan ikan masin kurau dan goreng sehingga ikan masin kelihatan sedikit garing.
5) Masukkan daun limau purut. Kacau rata
6) Masukkan nasi. Kacau rata dan goreng seperti biasa.

Nasi Kurau & Daging Serai

Assalamualaikum

Menu kesukaan anak-anak saya 🙂

Jom try!
image

image

NASI KURAU
Bahan-bahan:

1) 1 mangkuk besar nasi sejuk
2) 1 sudu besar penuh minyak sapi
3) 5 ulas bawang putih, buang kulit dan cincang halus
4) Ikan kurau masin dihiris kecil-kecil (banyak sedap)
5) 6 tangkai cili kering, digunting dan buang biji
7) 1 kiub ikan bilis maggi dihancurkan
8) 5~6 keping daun limau purut, buang urat dan gunting/hiris halus

Cara:

1) Panaskan minyak sapi. Tumis bawang putih dan ikan masin kurau sehingga kuning
2) Masukkan cili kering dan serbuk ikan bilis, kacau rata
3) Masukkan nasi sejuk, gaul sehingga rata
4) Masukkan daun limau purut. Kacau nasi dan masak atas api lama sedikit.
5) Kalau masukkan secukup ikan kurau masin, tidak perlu tambah garam

Anak saya suka juga makan nasi kurau dengan telur dadar 🙂

DAGING SERAI

Bahan-bahan:

1) 350g daging lembut/batang pinang dihiris nipis
2) 7 ulas bawang putih berkulit diketuk dan dicincang halus
3) 3 batang serai dihiris nipis dan dicincang
4) Cili padi dihiris
5) Sedikit serbuk kasar lada hitam
6) Garam secukup rasa

Cara:

1) Tumis bawang putih dan serai sehingga kuning
2) Masukkan daging, besarkan api dan goreng daging sehingga kering
3) Masukkan lada hitam dan akhir sekali garam secukup rasa

Yummy! 😀

Selamat menjamu selera..

Nasi Goreng Kimchi

Untuk peminat kimchi.
Nasi goreng kimchi untuk sarapan pagi dihari minggu..

image

Bahan-bahan:

1) 2 1/2 cawan nasi sejuk
2) 1 cawan kimchi
3) Sedikit minyak dan mentega
4) Daging lembut/ batang pinang dihiris nipis dan kecil
5) 3 ulas bawang putih dicincang
6) Serbuk kasar lada hitam dan kicap

Cara:

1) Panaskan minyak dan mentega. Tumis bawang putih sehingga kekuningan
2) Masukkan daging dan goreng sehingga kering
3) Masukkan kimchi dan goreng sehingga kering
4) Masukkan nasi sejuk dan gaul sehingga rata
5) Masukkan sedikit lada hitam dan kicap.
6) Goreng nasi sehingga kering.

Selamat menjamu selera..