Opor Daging Cili Padi

Assalamualaikum

Menu hari ini adalah masakan Opor. Masakan opor begitu popular di Negara Indonesia terutama opor ayam.
Untuk kali ini saya sediakan opor daging.
Saya masukkan cili padi sebagai ganti cili kering dalam masakan opor daging supaya ada sedikit kelainan pada rasa dan rupa.

image

Bahan-bahan:

1) 350g daging lembut/batang pinang dihiris nipis
2) 10 biji cili padi
3) 2/3 cawan santan kotak kara
4) 1 cawan air
5) Garam secukup rasa
6) 6 sudu besar minyak

Bahan: Kisar lumat

1) 150g bawang besar
2) 4 ulas bawang putih
3) 25g halia muda
4) 25g lengkuas
5) 3 batang serai
6) 1 sudu besar serbuk ketumbar
7) 1 sudu teh serbuk lada putih
8) 9 biji buah keras
9) 15 biji cili padi
10) 1/2 cawan air

Cara:

1) Panaskan minyak ke dalam kuali dan tumis bahan kisar. Kecilkan api dan masak sehingga terbit minyak. Kacau selalu
2) Masukkan daging, air, 10 biji cili padi dan santan. Kacau sehingga rata.
3) Reneh sehingga daging masak. Padam api/
atau masak kuah sehingga pekat dan baru masukkan garam secukup rasa.

Saya suka hidangan opor daging berkuah pekat.. 🙂

Selamat mencuba..