Khasiat Pear & Pajeri Pear

Makan pear boleh menyumbang kepada kesihatan kolon. The world’s healthiest Foods melaporkan bahawa vitamin antioksidan dalam pear boleh melindungi anda terhadap kerosakan kolon yang boleh membawa kepada kanser.

Pear juga berfaedah untuk kesihatan jantung. Serat yang terkandung dalam pear boleh merendahkan kolesterol. Ia juga rendah kalori dan rendah lemak, dapat membantu menurunkan berat badan.. 🙂

Kalau selalu masak pajeri nenas atau pajeri terung, apakata kali ini cuba pula pajeri pear?

image

image

image

Bahan-bahan:

1) 2 biji pear. Dikupas dan dipotong sederhana besar
2) 5 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih dan 2 sudu besar ikan bilis. Dikisar
3) 5 sudu besar rempah kari ikan. Saya guna jenama Adabi
4) 2″ halia dimayang.
5) 2 sudu besar gula merah
6) 3″ kulit kayu manis.
7) 1 kotak santan kara atau 1 cawan santan segar pekat.
8) 2 sudu besar kerisik dan 1 keping asam gelugur
9) 1/2 cawan air dan garam secukup rasa.

Cara membuatnya:

1) Tumis bahan yang dikisar, halia dan kulit kayu manis hingga kekuningan.
2) Kemudian masukkan serbuk kari yang dicampur dengan sedikit air dan masak di atas api yang kecil hingga terbit minyak. Kacau selalu.
3) Masukkan buah pear dan 1/2 cawan air, kacau hingga rata. Bila dah mendidih masukkan santan, asam gelugur dan kerisik dan masak di atas api yang kecil hingga kuah menjadi pekat.

Sesuai dihidang bersama ikan perkasam atau ikan masin ..
Mungkin ada yang tertanya-tanya sedap ke pajeri pear ini?
Bagi saya sedap tapi citarasa masing-masing mungkin berbeza 🙂

What are the benefits of Asian Pear.

Buah Berangan / Chestnut

Satu kenangan yang tidak pernah saya lupa ketika berada di Seoul, Korea pada musim gugur ialah makan buah berangan. Saya terpegun kerana kali pertama melihat buah berangan yang begitu besar, lebih kurang dua kali ganda saiz biasa. Buah berangan goreng adalah makanan yang sangat popular di negara China dan korea terutama pada musim sejuk kerana ia boleh membantu untuk memanaskan badan serta meningkatkan kesihatan sendi.

Buah berangan yang baru dimasak baunya harum, rangup di luar dan lembut serta rasa lemak di dalam. Ia rendah lemak dan tinggi kandungan karbohidrat kompleks.

image
Baru ni beli 2 paket buah berangan dari Korea di supermarket Isetan.

Sebelum bakar dalam oven, saya toreh dulu buah ini. Hmm… tak ingat dari mana dapat tip ini tapi inilah amalan saya setiap kali nak bakar buah berangan.
image

Buah berangan kaya dengan vitamin B, C, protein, serat dan mineral potassium, magnesium dan phosphorus. Ia tidak mengandungi kolesterol dan rendah kalori. Sedap pulak tu!!

Chestnuts Nutrition Information