Stevia.

Selalu dengar orang kata stevia ni penyelamat bagi penghidap kencing manis. Bagi mereka2 yang paras gula dah mula nak menghampiri “Danger zone” kenalah betul2 menjaga diet, sebab kesan penyakit kencing manis ni,  jika dibiar lama2 akan menjadi teruk.

Teringat saya pada seorang teman, katanya dia terpaksa begitu berhati2 apabila mengambil makanan hinggakan mesti disukat kerana bimbang paras gulanya naik mendadak.

image
Daun stevia saya rebus selama 25 minit dan biarkan sejuk
image
Sirap stevia. Saya gunakan sirap ini untuk maniskan pengat ubi, tak boleh nak makan,’ not only me but the whole family’ hahahaha….

Bau herba stevia ini bagi saya agak kuat. Saya lebih suka minuman tanpa stevia. Macam2 jenis herba saya dah cuba tapi dengan stevia, saya tidak mampu nak telan. Saya dapati kesan manis kekal lama dimulut dan dikatakan stevia ini sangat baik untuk penjagaan mulut dan gigi.

Bagi saya manis gula tidak sama dengan manis stevia. Saya tak pernah cuba stevia drops, dikatakan sangat manis beratus2 kali ganda dari gula dan juga sudah diproses bagi membuang warna dan bau. Ada pula yang mengatakan stevia drops rasanya hanyir. Satu hari nanti, saya nak cuba stevia drops ni. 🙂

Gula.

Benarkah ibu segala penyakit datang dari gula? Tidak? Kalau gula dalam darah terlalu rendah akan memberi musibah pada diri kita. Namun begitu jika berlebihan pun berbahaya juga!

Makanan dan minuman masakini kalau diamati betul2 ternyata kandungan gula sangat tinggi. Bagaimanakah cara yang perlu kita lakukan bagi melindungi anak2, suami dan diri kita dari mengambil gula dengan berlebihan…

Kalau biasa di rumah suka makan dan minum yang manis2 je, cuba kurangkan sedikit demi sedikit. Carilah alternatif, mungkin ganti dengan madu atau pun stevia. Percayalah lama kelamaan  terlalu manis tidak ada dalam kamus hidup!! Kasihlah diri kita dan keluarga demi kebahagian masa depan.

Tiada siapa boleh mengubah cara hidup kita.  Hanya kita! ya kita, yang boleh mengubah dengan izin Allah. Kita hanya ada dua pilihan dalam hidup ini. Yang baik untuk hidup ini dan yang tidak baik.

Percayalah penyakit kencing manis bukanlah penyakit yang boleh dipandang enteng. Ia adalah satu penyakit yang serius. Inilah penyakit yang boleh kita jauhi jika kita mahu. Ada orang mengatakan penyakit kencing manis ini adalah penyakit keturunan. Ye ke? Kalau kita selalu pastikan kadar gula dalam darah sentiasa rendah, macam mana tu? Keputusan di tangan kita. InsyaAllah.

image
Teh ni dimaniskan oleh daun stevia. Saya tidak suka guna daun stevia sebab daun ni berbau. Walaubagaimana pun demi kesihatan, stevia lebih baik dari gula.

image
Daun stevia. Madu pilihan saya!

Stevia mengandungi protein, iron, calcium, phosphorus, potassium, sodium, magnesium, zinc, vitamin A dan C. Stevia tiada kalori dan mampu mengawal gula dalam darah. Boleh menghalang kerosakan gigi dan penyakit gusi. Dikatakan boleh menyembuh berbagai penyakit kulit. Sesuai untuk penghidap kencing manis dan bagi orang2 yang bercita2 nak kuruskan badan!!