Selalu dengar orang kata stevia ni penyelamat bagi penghidap kencing manis. Bagi mereka2 yang paras gula dah mula nak menghampiri “Danger zone” kenalah betul2 menjaga diet, sebab kesan penyakit kencing manis ni, jika dibiar lama2 akan menjadi teruk.
Teringat saya pada seorang teman, katanya dia terpaksa begitu berhati2 apabila mengambil makanan hinggakan mesti disukat kerana bimbang paras gulanya naik mendadak.
Daun stevia saya rebus selama 25 minit dan biarkan sejuk
Sirap stevia. Saya gunakan sirap ini untuk maniskan pengat ubi, tak boleh nak makan,’ not only me but the whole family’ hahahaha….
Bau herba stevia ini bagi saya agak kuat. Saya lebih suka minuman tanpa stevia. Macam2 jenis herba saya dah cuba tapi dengan stevia, saya tidak mampu nak telan. Saya dapati kesan manis kekal lama dimulut dan dikatakan stevia ini sangat baik untuk penjagaan mulut dan gigi.
Bagi saya manis gula tidak sama dengan manis stevia. Saya tak pernah cuba stevia drops, dikatakan sangat manis beratus2 kali ganda dari gula dan juga sudah diproses bagi membuang warna dan bau. Ada pula yang mengatakan stevia drops rasanya hanyir. Satu hari nanti, saya nak cuba stevia drops ni. 🙂
Kwn ibu sy prnah petik sehelai daun stevia utk sy rasa..emm xbest! Kalau ada saintis malaysia pandai buang ‘bau’ yg tak enak..rasanye kaya ler org malaysia sbb rata2 pokok stevia sesuai dgn tanah dn iklim kita..
Puan kasih, dalam byk2 herba yg mana satu kegemaran puan? Sy teringin nk amal satu jenis je tapi tak tahu nk pileh yg mana satu. Rasa2nye, ‘stevia’ out! Hehehe
Semua yang di beli dimakan tapi kesukaan saya ialah jelatang dan dandelion.insyaAllah akan teruskan dengan habbatus saudah dan royal jelly