Menu Sihat dihujung Minggu

Assalamualaikum & hi!
Sajian hidangan saya dihari minggu ini ~ sup pasta yang serba ringkas dan berkhasiat. Salah satu khasiatnya adalah disebabkan daun ketumbar yang dimasukkan ke dalam sup, yang mempunyai kepekatan antioksidan yang lebih tinggi berbanding dengan beberapa jenis sayuran dan buahan. Daun ketumbar juga sangat berkesan untuk menyahkan toksik dari tubuh badan.

Justeru menu ini sangat sesuai dicuba terutama bagi sesiapa yang nak detoks dan diet. 🙂

Jom intai resipi

Pasta organik
image

image

Bahan-bahan:

1) Pasta direbus sehingga lembut.
2) 1 ekor kecil ayam kampung dipotong 8 dan dibuang kulit
3) 2 biji buah tomato dibelah 8 setiap satu
4) 4 ulas bawang putih diketuk
5) Segenggam daun ketumbar dihiris kecil
6) Serbuk lada putih dan garam
7) Limau nipis, daun bawang dan cili dihiris

Cara:
1) Rebus ayam dengan air secukupnya sehingga mendidih.
2) Masukkan buah tomato dan bawang putih. Reneh selama 20 minit
3) Akhir sekali masukkan daun ketumbar, serbuk lada putih dan garam secukup rasa

Masukkan sup ke dalam pasta dan hias dengan daging ayam yang telah dicarik-carik, daun bawang, cili dan limau nipis.

Sup pasta enak dimakan panas-panas

Selamat menjamu selera.