Bercuti Di Nagoya, Jepun Part 7

Hari ke-3 kami di Takayama..

Awal pagi selepas sarapan, kami menanti kedatangan Midori dan jurubahasanya ke tempat penginapan kami untuk membawa kami ke Green Cooking Studio. Hari itu kami belajar buat sushi rice & sushi, sayur dengan sos egoma, sup miso dll. Bayaran seorang adalah lebihkurang RM240.
Sebelum tiba di cooking studio, kami singgah dulu di supermarket. Midori mahu pastikan barang-barang keperluan masak itu adalah halal dan memenuhi citarasa kami. Semua pekakas masak untuk hari itu pun Midori belikan yang baru. Bagus kan mereka ni?

Cuaca pagi itu sejuk dan hujan rintik-rintik… Green cooking studio ini terletak berdekatan dengan Miyakawa ‘morning market’. Studio ni tak besar sangat, cukup untuk 7 – 8 orang masak. Tempatnya memang bersih dan lengkap dengan pekakas dapur.

Some pictures…

Sesi memasak berjalan lancar dan menghiburkan. Alhamdulillah seronok dapat belajar buat sushi dan sebagainya… bagi saya yang suka makan sushi ni, rasa puas hati kerana tahu cara membuatnya.

Selesai dari kelas memasak, kami ronda-ronda bandar, beli teh hijau dan barang-barang lain untuk dibawa pulang..

Sweet rice pudding

Petang semalam tiba-tiba saya rasa nak makan sweet rice puding. Resipi ini mengunakan beras pulut yang biasanya digunakan untuk membuat sushi. Jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan. 🙂

image

image

image

image

image

image

Panaskan air dalam periuk pengukus.

Bahan-Bahan:

1) 1/2 cawan beras pulut
2) 11/2 cawan air
3) 3 tbsp gula
4) Garam secukup rasa
5) 1 kotak kecil santan kara tanpa kolesterol
6) 2 biji pisang dipotong
7) segenggam kacang walnut di cincang kasar
8) 8 biji kurma merah dipotong kasar
9) 2 tbsp tepung pulut + 3 tbsp air, kacau hingga rata.

Caranya:
1) Masak beras pulut hingga mendidih dan kemudian kecilkan api. Bila dah 3/4 masak tutup api.
2) Masukkan gula, garam, santan dan kacau hingga rata
3) Masukkan pisang, kacang dan kurma merah dan gaul hingga rata
4) Akhir sekali masukkan air tepung pulut dan gaul hingga sebati
5) Masukkan adunan puding ke dalam mangkuk2 kecil dan kukus selama 15 ~ 20 minit.

Puding ini boleh dimakan begitu saja atau dengan sos custard.

Selamat mencuba resipi ini di tahun baru 😉