Tomyam Kimchi

As Salam.

Hari ini untuk iftar saya masak tomyam kimchi.
Bagaimana rasanya?
Ada rasa kimchi dan ada juga rasa tomyam hahaha…. not bad!
Selamat mencuba sesuatu yang baru. 😀

image

Bahan-bahan:

2 cawan air
3 batang serai diketuk
1 1/2 inci lengkuas diketuk
Sedikit cili padi diketuk
1 biji buah tomato dibelah 4
1 labu bawang besar dibelah 4
1/2 mangkuk daun ketumbar (3 pokok)
7 helai daun limau purut
2 cawan kimchi
10 ekor sotong (saiz kecil) buang kulit dan dihiris
Jus lemon secukup rasa
Garam

Cara:

1.Masukkan air, serai, lengkuas, cili padi, tomato, dan bawang besar ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih dan kemudian reneh selama 10 minit.
2. Masukkan kimchi, daun limau purut, daun ketumbar dan sotong. Kacau rata.
3. Bila sotong dah masak, padamkan api. Jangan biarkan sotong lama di atas api nanti daging sotong akan menjadi liat.
4. Akhir sekali masukkan jus lemon dan garam secukup rasa.

Daging Goreng Tomyam

Assalamualaikum.
Malam ini saya masak daging goreng tomyam.

Jom cuba, anak-anak saya kata masakan ini sedap 🙂

image

Bahan-bahan:

1) 450g daging batang pinang/lembut dihiris nipis
2) 2 labu bawang besar di belah 8 setiap satu
3) 5 ulas bawang putih dicincang
4) 70g lengkuas dihiris nipis
5) 3 batang serai diketuk
6) 10 tangkai cili kering/ cili padi dihiris
7) I batang bunga kantan dihiris nipis
8) 40g daun ketumbar dihiris
9) 10 helai daun limau purut dihiris
10)1 biji tomato dipotong kiub
11) Garam secukup rasa
12) Minyak
Kalau suka masam masukkan jus lemon

Cara:

1) Panaskan minyak dalam kuali
2) Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga kekuningan
3) Masukkan cili kering, lengkuas, serai dan goreng sehingga terbit bau
4) Masukkan bunga kantan, daun limau purut, tomato dan daun ketumbar dan masak sehingga daun ketumbar layu
5) Masuk daging dan kacau rata
6) Besarkan api dan goreng sehingga air daging kering.
7) Akhir sekali masukkan garam secukup rasa

Yummy!

Ayam Goreng Tomyam

Assalamualaikum

Anda plan nak masak apa untuk hidangan makan malam?
Entri hari ini saya kongsi menu semalam. Saya suka masak yang mudah saja.
Pernah masak ayam goreng tomyam? Kalau tak pernah, cubalah resipi ini…
Sedap 🙂

image

Bahan-bahan:

1) 1 ekor ayam kampung dipotong kecil dan buang kulit. Gaul garam kunyit
2) 6 ulas bawang putih diketuk dan dicincang
3) 10 tangkai cili kering dihiris dan buang biji
4) 50g lengkuas dihiris
5) 3 batang serai diketuk
6) 25g daun ketumbar dihiris
7) 1 biji buah tomato dihiris kiub kecil
8)1 kuntum bunga kantan dihiris nipis
9) 10 helai daun muda limau purut dihiris
10) Garam secukup rasa
Kalau suka pedas masukkan beberapa cili padi yang dihiris nipis dan tumis bersama bawang putih

Cara:

1) Goreng ayam sedikit garing dan toskan
2) Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih, cili kering, lengkuas dan serai sehingga bawang putih kekuningan
3) Masukkan daun ketumbar, tomato, bunga kantan, daun limau purut dan sedikit garam. Masak sehingga daun ketumbar layu
4) Akhir sekali masukkan ayam dan kacau sehingga rata.
5) Goreng ayam diatas api untuk beberapa minit sambil kacau selalu.

Yummy!