Hawthorn untuk Jantung?

Hawthorn dianggap herba yang selamat dan berkesan untuk digunakan bagi membantu meningkatkan aliran darah arteri koronari, mengawal tekanan darah dan menguatkan jantung.

Walaupun dahulu howthorn paling biasa digunakan sebagai rawatan diuretik semulajadi untuk menghapuskan batu karang pada buah pinggang dan pundi kencing, kini howthorn berry telah digunakan untuk kesihatan jantung. Bunga dan howthorn berry bukan sahaja diminum sebagai tonik untuk jantung dan sistem peredaran darah, ia juga di ambil untuk melegakan sakit tekak.

image
Semangkuk hawthorn berries kering

image
Rendam 6~8 keping hawthorn berries ke dalam cawan yang berisi air panas selama 5~10 minit. Cawan hendaklah ditutup.

image
Teh hawthorn boleh di minum sebanyak 3 kali sehari.

Banyak kajian telah menunjukkan bahawa hawthorn mengembangkan saluran darah koronari. Pelbagai flavonoid yang terkandung dalam hawthorn meneutralkan bahan2 tertentu dari mengecutkan saluran darah.

Menurut Barthram’s Encyclopedia of Herbal Medicine:
Hawthorn meningkatkan aliran darah ke jantung dan menguatkan otot jantung tanpa menaikkan degupan dan tekanan darah.

Bagi mereka yang mengambil ubat darah tinggi, pastikan mendapat pandangan doktor sebelum mengambil hawthorn.

Khasiat Kacip Fatimah

Kacip Fatimah adalah sejenis tumbuhan herba yang biasa dijumpai tumbuh liar di hutan hujan tropika.

image
Kacip fatimah. Terdapat juga jual dalam bentuk kapsul, khasiatnya dikatakan Sangat baik untuk setiap golongan wanita 🙂

Kalau Tongkat Ali sering dikaitkan dengan kaum lelaki, kacip fatimah pulak sinonim dengan wanita, terutama digunakan sebagai air selusuh kerana dikatakan dapat mempercepatkan proses kelahiran bayi. Rebusan air kacip fatimah juga diminum untuk mengembalikan kecergasan badan selepas bersalin, membantu mengecutkan rahim serta melangsingkan badan.

Kacip fatimah sering juga diminum sebagai tonik, merangsang pengeluaran hormon, melancar kitaran haid, melegakan senggugut, merawat keputihan, cirit birit, membuang lebihan angin dalam badan, buasir, sakit sendi dan otot.
image
(Buku ini digunakan juga sebagai sebahagian rujukan)

Herba kacip fatimah mampu membekalkan tenaga kepada tubuh dan dikatakan juga dapat melewatkan proses penuaan.

khasiat Jintan Putih

Dikatakan jintan putih mempunyai ciri2 anti kanser yang kuat.

Herba tradisional ini mempunyai banyak kegunaannya.
Jintan putih didapati berkesan dalam merangsang kitaran haid dikalangan wanita. Ia juga digunakan untuk rawatan buasir, melawan selsema dengan meningkat sistem imun, menyahkan toksin, melegakan masalah gas dan seterusnya memperbaiki sistem penghadaman dan menggalakan selera makan. Jintan putih mengandungi “thymol”, kompaun yang merangsangkan pengeluaran asid perut dan membolehkan tubuh untuk mendapat khasiat maksimum daripada makanan.

image

Pesakit anemia sering disyorkan untuk memasukkan jintan putih dalam diet harian untuk pemulihan yang lebih cepat. Ia juga boleh menyingkirkan kahak dan meringankan penyakit tertentu seperti asma dan bronkitis.

Seperti dengan teh lain, teh jintan putih mudah disediakan. Di rebus dan harus dibiarkan beberapa minit sebelum diminum.
Sebagai tonik yang hebat untuk kesihatan badan.

image

image

Buku-buku ini saya gunakan sebagai sebahagian daripada rujukan.