Nona

Hari sabtu baru-baru ini saya dan suami pergi ke Johor Bahru. Semasa dalam perjalanan pulang semalam singgah sekejap di R & R Pagoh. Saya ternampak buah Nona yang dijual dengan harga sekilo 10 ringgit, jadi belilah 4 biji.

image

Terdapat pelbagai jenis buah nona ini, ada yang mempunyai kulit hijau, hijau kuning dan merah hati seperti yang saya beli.

Khasiat yang terkandung dalam buah ini mampu menghasilkan sel darah merah, mengawal tekanan darah, merawat sembelit dan cirit birit.
Buah ini juga kaya dengan magnesium yang dapat mengurangkan penyakit reumatisme dan arthritis. Mineral potassium yang terdapat dalam buah nona dapat membantu mengurangkan kelemahan otot. Ada mengatakan khasiat buah Nona hampir sama dengan buah Durian belanda. Entahlah tapi yang saya tahu daun kedua-dua buah ini boleh memberi banyak manfaat. InsyaAllah.

Menurut buku Ong Hean Chooi;
Air rebusan daun Nona diminum untuk merangsang haid, membuka selera, rawatan selsema, mengatasi kesejukan, mengeluarkan angin daripada perut dan usus, dikumur untuk rawatan sakit kerongkong dan dijadikan air mandian untuk rawatan sakit otot, demam panas dan untuk kanak-kanak yang sentiasa gelisah.
Daun Nona ditumbuk lumat dan ditampal pada ulser, kudis dan pada kepala untuk rawatan sakit kepala.
Air rebusan daun, buah muda dan kulit kayu Nona diminum untuk rawatan bengkak usus besar.

Dah lama benar saya tak makan buah ini..
Kena tunggu dua tiga hari lagi baru boleh makan sebab buah masih belum masak, jadi kenalah peram dulu… 🙂

Advertisements

Khasiat Terung Pipit

Terung pipit di gunakan secara meluas untuk masakan dan perubatan.
Dalam perubatan Ayurveda, terung pipit sering digunakan bagi meningkat sistem imun, mengurangkan haba didalam badan dan juga sebagai tonik yang sangat baik untuk hati.

Terung pipit juga di gunakan untuk rawatan mukus, kahak dan batuk. Sering juga di gunakan bagi menguatkan saraf mata. Dikatakan baik untuk rawatan ulser mulut dan perut.

image
(terdapat terung pipit yang di proses untuk di jadikan teh dengan mengeluarkan alkaloid, yang memberi rasa pahit)

Terung pipit tidak mempunyai kafein, boleh mengurangkan kadar gula dalam darah, mengawal diabetes, lemak dan kolesterol, merendahkan tekanan darah, merawat asma, kembung perut dan kecacingan.

Air rebusan terung pipit boleh di jadikan sebagai minuman untuk mencuci darah dan melegakan sakit perut.

Ramai orang berkata, rajin makan ulam, badan akan menjadi sihat dan awet muda, setuju ke? 🙂

khasiat susu kambing

Susu kambing sering dikatakan sebagai makanan yang paling lengkap kerana komposisi nutriennya hampir sama dengan susu ibu terutama jika diambil mentah (raw) dan organik. Ia kaya dengan zat vitamin, mineral, elektrolit, enzim, protein dan asid lemak. Kini ramai sudah gemar mengambil susu kambing kerana mendapati ia menawar pelbagai manfaat kesihatan.

Kandungan mineral dalam susu kambing seperti kalium penting untuk membantu mengekalkan tekanan darah yang normal, mineral selenium boleh meningkat sistem antibodi dan imuniti badan, kalsium untuk tulang dan juga ia bersifat alkali dan sesuai diminum untuk semua peringkat umur.

Susu kambing sangat baik untuk membina semula tisu otak, sel2 badan, sistem saraf, mencegah penyakit anemia, menaikkan aliran pH darah, mampu melawan mikrob, mencegah diabetes, menurun berat badan kerana kandungan lemak yang rendah dan dikatakan boleh merawat asma, ekzema, jangkitan telinga berulang, artritis, ulser perut dan gout.

Badan kita boleh mencernakan susu kambing dalam masa 20 minit di bandingkan 2-3 jam untuk mencerna susu lembu. Ia mudah dihadam dan jarang sekali menyebabkan intoleransi laktosa. Susu kambing tidak mempunyai protein kompleks yang merangsangkan reaksi alahan, tidak menghasilkan mukus dan tidak akan memburukkan lagi keadaan alergi penafasan seperti asma.

Pakar pemakanan telah mendapati bahawa susu kambing secara keseluruhan adalah lebih sehat dari susu lembu kerana nilai pemakanan yang lebih tinggi. Dikatakan susu kambing tidak mengandungi bahaya hormon yang boleh mencederakan jantung dan arteri kerana tidak seperti lembu,di katakan kambing tidak diberi hormon sebab pengeluaran susu kambing tidak akan meningkat jika diberi hormon somatotropin (bagi menggalakkan pengeluaran dengan cara luar biasa).

Cuba le try minum susu kambing dan buatlah perbandingan, mana lebih baik untuk kesihatan badan, susu kambing ke atau susu lembu??