Halba adalah rempah ratus yang sering digunakan untuk masakan.
image

Halba dalam bentuk kapsul

image

 

 

Banyak khasiat yang didapati apabila kita mengambilnya dalam makanan atau dalam bentuk minuman cuma bila minum tahu sajalah rasanya tidaklah sedap, tapi InsyaAllah memang baik untuk tubuh badan. Saya ambil dalam bentuk kapsul, mahal sikit tapi senang, telan saja. πŸ™‚

image

Dalam Bartram’s encyclopedia of herbal medicine:
1-2 sudu teh halba(tumbuk bagi pecah) dengan 1 cawan air dan rebus di atas api yang kecil selama 15 minit. minum air dengan halba.

Cubalah amalkan mengambilnya selama 3 bulan. InsyaAllah akan ada rasa kelainan pada tubuh badan.

Wanita arab suka mengambil halba ini untuk cantikkan buah dada. Bagi ibu yang menyusu, halba mampu menambahkan susu badan.
Halba juga baik untuk mereka yang menghidap kencing manis kerana ia boleh menurunkan paras gula dalam darah. Namun begitu perlu berhati-hati juga, jangan biarkan paras gula terlalu rendah kerana boleh memberi kemudaratan pada kesihatan, bahaya nanti (Bagi mereka yang mengambil ubat kencing manis). Disamping itu, halba berkesan merendahkan kolesterol, membantu melegakan batuk yang kronik, bengkak gusi, pembuka selera, sakit dalam perut, hernia dan banyak lagi manfaatnya.

Halba senang didapati di kedai runcit dan di supermarket. Murah pulak tu. Selamat dimakan sebab itu halba sering dimasukkan ke dalam masakan. Selain berkhasiat halba juga mengharumkan masakan.

Kita tidak akan dapat merasakan kebaikan satu-satu herba itu pada tubuh badan melainkan mengambilnya untuk satu jangka masa, cubalah selama dua tiga bulan.

92 thoughts on “khasiat halba yang menakjubkan. (Fenugreek)

  1. I must thank you for the efforts you have put in penning this website.
    I am hoping to check out the same high-grade blog posts from you later on as well.

    In truth, your creative writing abilities has inspired me to get my very own site now πŸ˜‰

    1. Kalau tidak silap saya, GNC-General Nutrition Corporation. Saya tak pasti tapi rasanya di Sutera Mall dan AEON Bukit Indah JB mungkin ada kedai GNC ni.

  2. saya ibi menyusu..agak2 bila nampak perubahan tambahan susu ye..sminggu atau sebulan baru susu nampak banyak..

  3. Menurut pengelaman puan yg telah mengamal kapsul halba berapa lama baru ada kesannya spt. Bacaan gula kembali normal bawah 6 misalnya dan adakah bacaannya akan kekal dparas nomal jika diteruskan pengambilan kapsul tu. saya baru mula mengambilnya bacaan darah pgi sbelum sarapan antara 6 atau 7 (puasa malam) lepas 2 jam slepas sarapan boleh naik antara 12 hingga 14. Pengambilan yg betul sbelum atau sesudah makan. Tq

    1. Saya ambil halba kerana nak turunkan paras kolesterol. Oleh kerana kolesterol saya tinggi satu ketika dulu, saya ambil 4 biji, 2 pagi dan 2 petang dan juga ambil oats dan minyak zaitun. Alhamdulillah dalam sebulan berkesan. Saya masih lagi mengambilnya, dah bertahun tapi cuma ambil 1 atau 2 biji sehari. Paras gula saya selama ini normal antara 4.9 ~ 5.2, jadi saya tak tahu berapa lama mengambilnya untuk paras gula turun, Yang saya baca, pengambilan yg betul sebelum makan.
      Beberapa bulan lepas saya d beritahu pengalaman seorang lelaki, paras gulanya sangat tinggi, tahap kritikal… Dia ambil daun sambung nyawa…kata anaknya sangat berkesan.. Wallahua’lam

  4. saya belum lagi untuk ambil halba ini, tapi kolesterol saya tak tentu sekejap 6.0 dan sekejap 5.0 bila periksa. Dalam hal ini saya ingatkan untuk ambil Beta Glucan seperti BG 22 untuk kurangkan kolesterol sebabnya 4kali daripada oat untuk turunkan kolesterol. rasanya boleh tahan juga

  5. Rosnah
    Puan..sy pun ibu yg menyusukan anak..skrg sy dlm pantang (opret) sudah 34 hari tp anak belum pernah menyusu sendiri..hanya minum melalui perahan shj..kerana anak ditahan di NICU..susu sy jd tak banyak..sekali perahan dapat sikit shj..adakah kapsul halba ni dpt membanyakkan air susu..? kalau kat kuantan pahang kat mana ye boleh cari?

  6. Saya tgh mengandung 5 bulan, Paras gula saya tinggi lebih kurang 7.2 – 7.8.Boleh tak saya mengambil air rebusan halba utk mengurangkan kadar gula & ada kah akan memberi sebarang effect pada anak I. Please advise? thank you.

    1. Puan Shanti, halba boleh mengurangkan kadar gula dalam darah tetapi ia tidak digalakkan ambil semasa mengandung kerana dipercayai boleh merangsang pengecutan rahim dan membantu untuk bersalin.
      Jadi baik diambil bila hampir nak bersalin untuk memudahkan melahirkan bayi dan menambah aliran susu ibu.
      Mungkin Puan Shanti perlu mengurangkan pengambilan karbohidrat dan menambah sayur dalam diet?

    1. Norasidah, Sorry for the late response, just came back from umrah.. saya pernah baca halba boleh merawat gastric ulser, wallahua’lam. πŸ™‚

  7. Salam Kak,

    Saya ada buat search fenugreek ni di web GNC dan kapsulnya adalah drpd gelatin (bovine source).
    Adakah ia ada certified halal?
    Saya ada terasa ingin mencubanya tapi pada masa yang sama rasa ragu-ragu pula.
    Terima kasih kak untuk jawapan.

  8. Salam kak,

    Saya baru melahirkan anak pada 24/5/14..tp masalah saya sekarang susu badan saya kurang..baby menyusu tak puas..bolehkah saya minum air rebusan halba ni tak untuk tambah susu badan tp baby saya masih ada sakit kuning (jaundice)..tq

    1. Waalaikumussalam.
      Halba boleh meningkat penghasilan susu ibu dalam tempoh 24 hingga 72 jam selepas mengambilnya. German Commision E mengesyorkan pengambilan harian sebanyak 6 gram. Walaubagaimanapun saya tidak tahu apakah kesan pada bayi yang ada jaundise minum susu ibu yang mengambil halba.
      Bagi ibu-ibu yang diabetes perlu berhati-hati mengambil halba kerana ia boleh menurun kadar gula dalam darah. dibimbangi nanti kadar gula dalam darah terlalu rendah
      Halba boleh menyebabkan gejala asma lebih teruk bagi sesetengah wanita
      Wallahua’lam

  9. kalau kat Brunei, mana nak cari ek kapsul halba tu. baru tau tentang halba. agak2 boleh tak jadikan ubat pantang lepas bersalin tak payah minum jamu2 lain? halba ne boleh tak di minum anak 1 tahun? anak saya selalu demam. plus ada batuk berdahak. dah usha mcm2 nak keluarkan dahak tu tapi tak berhasil. suara pun makin sarut. mungkin ada cara saya salah kot. apa pendapat puan? tq πŸ™‚

    1. Saya cuba google cari GNC di Brunei tapi tak jumpa..

      Bagi pandangan saya, dalam pantang bagus ambil halba sebab banyak khasiatnya. kalau sebagai ganti jamu tu saya tak tahu. Mengambil herba2 untuk meningkat kesihatan badan memang baik sekali terutama semasa dalam pantang bersalin. Walaubagaimana pun bagi ibu yang menyusu kenalah mengambil dalam kadar berpatutan kerana berlebihan boleh memberi kesan pada bayi..
      Saya tidak tahu sama ada boleh atau tidak beri halba pada anak usia 1 tahun. Setahu saya ada sesetengah kanak2 tidak sesuai minum susu lembu kerana ia boleh menyebabkan kahak. Sekiranya anak puan minum susu ibu, mungkin perlu tengok pada pemakanannya yang lain yang mungkin tidak sesuai, Wallahua’lam

  10. We love the halba in egypt, too! We drink it as a tea, by boiling the seeds and adding sugar to sweeten it – very wonderful when one has a cold! β™₯β™₯β™₯ ;^)

    1. I always put halba in cooking. Halba helps in slowing down the rate of blood sugar absorption, thus helping to regulate the level of sugar in the body. I never take halba as a tea – maybe I should try. πŸ˜‰

  11. Halba ni baik jg utk org yg selalu senggugut.. Buat org yg selalu senggugut, minum air halba ni sehari atau 2 hari sebelum period dan minum berterusan sehingga hari ketiga period.. in shaa Allah.. x akan senggugut.. Saya selalu amalkan.. Alhamdullillah

    1. Saya tidak tahu apakah ada kesan sampingan kalau mengambil halba setiap hari kerana sesetengah yang memakai implan pencegah kehamilan ada mengalami beberapa keadaan seperti rasa mual, pening, ‘sore breast’ dll. Mungkin lebih baik Liza dapatkan pandangan doktor…

  12. assalam..perkongsian yang sangat bermanfaat πŸ™‚
    sya pun ada amalkan halba,slalu masukkan dalam masakkan,mudah dimakan,murah dan 1001 manfaat..alhamdulillah πŸ™‚

    1. Waalaikumussalam. Terima kasih. πŸ™‚
      Pengambilan halba berterusan akan memberi kebaikan pada tubuh badan, inshaaAllah…
      Semoga Allah kurniakan Lynda sihat walafiat selalu!

    1. Sorry Noor Arina for the late response..
      Boleh minum air dan halba sebanyak dua kali, inshaaAllah. Sekiranya dapati paras gula dalam darah turun rendah, kurangkan mengambilnya..

      1. Salam ,

        Elok di ambil bila ya air halba ni? PAgi sebelum breakfast? Dan malam sebelum tidur?

    1. terima kasih! Saya dah cuba minum. instead tumbuk, saya blendkan bg halus. sbb nk minum susah betul nk telan bila tumbuk.

      masih dlm proses nak mencuba. Terima kasih sekali lagi.

  13. saya guna serbuk halba, masukkan dlm air suam setengah cawan. seawal lepas bangun tido, dan sebelum tido…. pertama kali mmg terasa pahit yang teramat. kemudian, anggap je tu sebagai satu cabaran. kemudian, skrg dah tiga bulan amik. Alhamdulillah. takde rase pahit dah. kesan die, pedih ulu ati dah takde, selera pon dah tak macam rimau lapar dah, sakit gusi pon sembuh. Blood pressure & cholestrol blom check lagi.
    Diperkenalkan oleh seorang kawan Cina, tentang khasiat fenugreek ni. (Padahal halba je rupenye)…

  14. Ibu saya kena diabetes.. Kadar gula darahnya sangat tinggi. Saya di indonesia, dimana saya bisa mendapatkan halbanya.. Trims

    1. Ada satu lagi herba yang dapat menurunkan kadar gula dalam darah iaitu kulit kayu manis. Halba dan kulit kayu manis senang di dapati kalau di Malaysia kerana herba ini sering di masukkan ke dalam masakan. Saya rasa di Indonesia, mungkin dipanggil dengan nama lain. Sekiranya Ella mahukan dalam bentul kapsul, boleh dapat di kedai GNC. Boleh google kedai GNC Indonesia…

  15. Hi Puan Kasih, tq for info. Nak tanya , ada saya dengar-dengar kalau ambil halba ni, urine dan badan kita berbau. Betul ke? Saya baru nak cuba. Nak tanya pengalaman pengamal halba ni. Tq.

    1. Hi Lina. Sama2.
      Betul tu. Bila mengambil halba, urine dan badan akan berbau bila berpeluh. Rasanya bab urine tu tk lah kisah, kan?hihi
      Badan berpeluh bila mandi bau halba akan hilang. InshaaAllah.

  16. Hehe tq Puan Kasih…aah kan kalau mandi hilangn lah bau kan. Ok saya dh beli di GNC. Skrg harga RM89.60 kalau jadi member dpt diskaun 20%. Dah start consume semalam. Rasa haus sikit…kena minum banyak air baru lah dapat kesan yang efektif kan.
    Thanks again for info Pn Kasih 😊

  17. Assalamualaikum Pn Kasih dan jutaan terima kasih atas info yg brmanfaat…saya pernah pedih ulu hati kwn sy yg bbangsa India cdgkn agar saya mengambil 10-15 bj ..telan mcm tu je lps tu minum air kosong..sy buat ..Alhamdulillah lps tu x prnh sakit ulu ht.. sy ambil nya dln bln 9 …2015…tp dia pesan jgn ambil selalu dgn cara tersebut sbb ada risiko.sy dh lupa apa risiko yg dia maksudkn…sy dh htr alamat email pd puan dlm artikel yg sblh..semoga usaha puan dpt ganjaran yg sewajarnya dpd Rabbul Jaliil…in sya Allah…aamiin jazakumullahu khairan katsiiraa.

    1. waalaikumussalam…
      Terima kasih Pn. Ummi kerana sudi kongsi pengalaman. Ia sangat bermanfaat untuk mereka yang mungkin menghadapi masalah yang sama…
      Semoga Allah kurniakan kesihatan yg baik pada kita semua..aamiinn..
      & terima kasih kerana sudi bertandang kesini. πŸ™‚

  18. Untuk kurangkan kolesterol..If kita rebus halba utk buat teh halba..kita minum air rebusan sahaja atau minum sekali dengan biji halba tu?

    1. Minum sekali dgn biji halba. Melalui pengalaman saya, jaga pemakanan dan ambil halba serta minyak zaitun (virgin olive oil) cpt turun kadar ldl dan meningkat hdl.. sangat penting tingkatkan kadar hdl.. insyaAllah.

  19. Salam pn kasih, tqvm for the v good sharing. I ada migrain, bru nk belajar minum air halba, harap mujarab utk migrain saya ni.

  20. As salam nak tanya ..sy tiada masalah apa2 ..tapi utk kesihatan saje ..blh ke sy minum halba hari2 just utk kesihatan
    Tq

    1. Waalaikumussalam..
      Saya tk tahu…
      Tp saya pernah ambil bagi jangka masa yg lama..Alhamdulillah tk ada kesan sampingan.. saya ambil yg dlm kapsul.

  21. assalam…tq for info.sbb sy tgh ambil jamu pil homemade ada kandungan halba ,habbatussauda,halia kering dan kulit kayu manis.sy rsa bertenaga dan jadi agen produk tu sbb tu nak tahu kebaikan halba ni

  22. As salam kasih.
    Suami diabetes bacaan gula 25… Beliau enggan ditahan di hospital.
    Skrg hnya bertahan dgn air rebusan kayu manis + gula melaka tp penurunan agk perlahan…boleh tak hnya minum air halba shj tnpa mkn halba itu sendri kerana dia tk tahan bau..pd pndangan dn kajian kasih, brapa lama masa yg perlu utk nmpk perubahan penurunan bacaan..tkasih

    1. Waalaikumussalam Aishahh.
      Bacaan 25 adalah tinggi dan bagi pandangan saya, dalam hal sebegini, sebaik2nya dengar nasihat doktor sehingga keadaan stabil. Saya rasa mungkin baik suami puan tinggal di hospital kerana doktor boleh monitor keadaan suami puan. Banyak hal perlu di beri perhatian bukan sekadar bacaan gula …. Bila doktor benarkan suami puan keluar hospital, bermakna keadaan dia lebih baik.. bolehlah cuba cara alternatif. Itu pun bincanglah dengan doktor atau pakar yg lebih arif dalam rawatan alternatif, bagi mengelak dari mendapat kesan sampingan.
      Keadaan tubuh setiap individu tu tidak sama. Apa yang sesuai untuk kita belum tentu sesuai untuk org lain.
      Wallahua’lam

  23. Ada lgi ke entry ni..
    Tksih puan kasih kongsikan pnglman sndiri..
    Klau minum rebusan halba tu.. elok masa panas, suam atau sejuk..
    Dan berapa bacaan tertinggi kolestral puan kasih dulu..
    Ia boleh jdi panduan.. krn kolstral saya sgt tinggi.
    Tksih..

    1. Sama2. Boleh je minum sejuk atau suam. Saya ambil dalam bentuk kapsul. Saya tak ingat bacaan tertinggi saya sebab dah lama.. alhamdulillah, mengambil halba membantu menurunkan kolesterol ldl saya…

    1. Waalaikumussalam..
      Saya tidak pasti kesan pada kesihatan bila rebusan halba di campur dengan serbuk cinnamon kerana dua bahan ini mampu menurunkan kadar gula dalam darah. Kalau kadar gula turun dengan mendadak pun tidak baik dan ada kesan sampingan terutama bagi mereka yang mengambil ubat kencing manis..

Leave a reply to Noor Arina Mohd Rashid Cancel reply