Khasiat Pegaga.

Pagi tadi saya ke pasar tani, dah lama tidak beli ulam pegaga. Tadi belilah dua ikat, sangat murah pula tu. Harganya cuma 2 ringgit sahaja tetapi khasiat pegaga sangatlah hebat!

image

image

Saya cuci segengam daun dengan akar pegaga dan hiris kecil dan masuk kedalam pengisar, dan kisar sehingga halus. Kemudian tapis dan masukkan royal jelly 1 sudu teh kedalam 1 gelas kecil air pegaga. Baru rasa sedap untuk diminum.

Wanita di Indonesia dan di Thailand sangat gemar air pegaga. Saya rasa begitu juga dengan wanita di Malaysia.
image
(Buku ini juga sebahagian daripada rujukan saya)

Daun dan akar pegaga dapat merawat tekanan darah tinggi, penawar ulser, melawas buang air kecil juga membantu merawat buah pinggang. Ulam pegaga telah di iktirafkan oleh pertubuhan kesihatan sedunia (WHO) sebagai herba menjana kecerdasan berfikir dikalangan kanak2 serta dikatakan dapat membantu peredaran darah dan meningkat kesihatan kulit. Ramai katakan khasiat pegaga baik untuk awet muda. Memang itu tidak dapat dinafikan lagi. 🙂