Jalan-jalan jumpa Chia Seeds.

Kami singgah di sebuah health shop di Manly Island semasa dalam perjalanan pulang. Tak merancang nak beli apa pun disitu, saja nak jamu mata.

Tiba-tiba saya ternampak Chia Seeds dan saya rasa sangat teruja. Saya pernah baca tentang Chia Seeds dan dikatakan Chia seeds ini sangat berkhasiat kerana tinggi kandungan vitamin dan mineral. Ia juga mengandungi semua 8 essential amino acids dan 9 non essential aminos. Chia seeds juga tinggi kadar antioksidannya dan sebab itu ia disebut sebagai ‘ superfood ‘.

Bila kita rendam chia di dalam air untuk seketika ( saya baca 1jam tapi penjual chia seeds ini kata kena rendam semalaman. Rasanya saya kena cuba kedua-dua cara ini )
Chia akan mengeluarkan jeli dan tidak mempunyai rasa. Jadi kalau nak rasanya sedap bolehlah rendam dengan jus buah!

Saya ada terbaca, mengambil chia seeds boleh kuruskan badan sebab kita tidak akan cepat berasa lapar selepas makan chia. Betul ke ni? Saya nak kena cuba. Best juga kalau boleh slim dengan makan Chia. Chia Seeds selamat dimakan dan insyaAllah tiada kesan sampingan.

image

Manly Island.

Jam 11pagi kami naik feri ke Manly Island. Perjalanan yang singkat cuma 30minit. Cuaca mendung dan hujan rintik2.
Kami berjalan2 disekitar bandar Manly khususnya dikawasan The Corso. Banyak kedai dan cafe disitu.

image

image

image

image

image

image

image

image

Kami makan tengahari disebuah restoran Arab.  Makan kebab. Semalam kebab turki. Yang mana sedap? Emm… Turki!

image

image

image

image

Dipersisir pantai Manly. Kami terus berjalan hingga kepantai shelly. Agak jauh juga. Pemandangan sangat cantik disini.

image

image

image

image

image

image

image

image

Di hujung pantai shelly kami  mendaki bukit   sampai keSydney Harbour National Park tetapi tidaklah sampai ke puncaknya  ‘ North Head’, sebab kawasan disitu sunyi.  Agak mencabar dan betis pun terasa.
Letih? Mana tidaknya, tinggi le jugak.

image

image

image

image

image

image

Kami turun mengikut laluan yang lain dan seterusnya balik  melalui tepi pantai Manly. Pukul 3.15 kami naik feri balik. Sampai Circular Quay pada jam 3.45 petang. Tiba hotel tepat jam 4. Satu pengalaman yang indah….