Bagaimana saya boleh kenal pokok tutup bumi? Sebelum saya pindah ke Kuala Lumpur saya ada seorang kawan, setiap hari diawal pagi dia akan keluar rumah pergi jogging. Dia sering ternampak sekumpulan wanita cina mencari sesuatu di bawah pokok besar yang rendang dikawasan yang lembap. Satu hari dia pergi mendekati mereka ini dan diberitahu banyak pokok tutup bumi di situ dan dikatakan khasiat pokok ini sangat baik untuk orang perempuan…

image

Satu hari dia singgah ke rumah saya dengan satu beg plastik besar penuh dengan pokok tutup bumi. Kawan cina saya ini tidak suka makan herba. Jadi saya keringkan dan beri pada kawan yang berminat. Ada ketika saya poskan pokok tutup bumi yang telah dikeringkan kepada kawan yang tinggal jauh. Hmmm…nak buat camna, dia tak kenal pokok tu. Saya risau nanti dia tersilap makan pokok lain pula. Bagi pandangan saya dan kawan-kawan yang pernah minum air rebusan herba ini, pokok ni memang bagus untuk kaum wanita. Walaubagaimana pun air rebusan tutup bumi tidak boleh diminum berlebihan. Sekadar 1 cawan sehari dengan cuma perlu merebus 1 pokok sahaja (dengan akar) selama 5 minit dan minum 2 atau 3 kali seminggu. Ini diberitahu oleh sekumpulan wanita cina kepada teman baik saya.

Pokok tutup bumi senang didapati dimerata2 tempat cuma dikawasan yang redup dan lembap pokok ini hidup lebih besar dan segar.
Dikatakan khasiat herba ini baik untuk bahagian sulit wanita. InsyaAllah.

12 thoughts on “Khasiat pokok tutup bumi

    1. Tak biasa masak sebagai lauk. Pokok tutup bumi ni direbus akar dan daun. Bagi saya rasa ok kalau nak banding dengan daun stevia.

  1. Wlp puan dah tunjuk gambar sy tak berani nk petik daun2 tutup bumi kalau sy trjumpa sbb pokok tu nampak mcm tumbuhan di semak je..bak kata org hanya hanya ‘manikam kenal intan’

  2. assalamualaikum puan. kat mana saya boleh dapatkan pokok ni? sebab saya akan buat research antimicrobial activity pokok ni. urgent sangat2. terima kasih,

    1. Waalaikumussalam. Pokok tutup bumi senang di dapati merata-rata terutama di tempat yang redup dan lembap seperti di bawah pokok-pokok yang besar. selalunya ditempat begini, ia hidup subur dan besar.

    1. Waalaikumussalam Sha. Sorry for the late response…
      Sekarang ni sukar utk mendapatkan pokok tutup bumi disekitar kawasan penginapan saya. Mohon maaf kerana tidak dapat membantu…

Leave a Reply to Kasih Cancel reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s