Satu kajian yang diterbitkan oleh Canadian Medical Association Journal, bahawa jus grapefruit boleh menimbulkan bahaya dan juga risiko maut bila diambil dengan ubat preskripsi.
Grapefruits mengandungi bahan kimia yang dipanggil furanocoumarins yang boleh menggangu ubat dengan menghapuskan enzim yang memecah ubat sebelum memasuki aliran darah. Ini bermakna lebih banyak dadah terlepas pada sistem pencernaan bagi membolehkan badan untuk mengendalikannya. Ubat-ubat yang mengandungi sedikit kandungan dadah (drug) bila berinteraksi dengan jus grapefruit boleh menyebabkan kadar dadah meningkat sehingga berlebihan. Ini akan menyebabkan kesan sampingan yang berbeza-beza bergantung kepada jenis ubat yang diambil seperti kegagalan buah pinggang, kerosakan otot, pendarahan usus, menyebabkan kadar degupan jantung yang laju, sukar bernafas, pembekuan darah dan kematian secara tiba-tiba.
Atorvastatin yang juga dikenali sebagai lipitor – ubat kolesterol, verapamil dan amiodarone – ubat jantung adalah antara ubat-ubat yang boleh berinteraksi, menyebabkan kesan yang serius apabila diambil dengan grapefruit kerana campuran kedua ini berpotensi menjadi toksik. 1 tablet ubat dengan segelas jus grapefruit boleh menjadi seperti mengambil 5 atau 10 tablet ubat dengan segelas air.
Bacaan tambahan:
Jadi berhati-hati lah, Sekiranya apabila mengambil sesuatu makanan bersama ubat preskripsi dan badan terasa tidak selesa atau sakit segera lah berjumpa doktor…