Daun ketumbar adalah herba kegemaran saya samada dimakan sebagai ulam atau dimasukkan ke dalam masakan. Boleh dikatakan hampir setiap minggu, saya beli daun ketumbar ini kerana bagi saya daun ni sangat sedap disamping banyak khasiatnya seperti meningkatkan sistem imun dan menggalakkan fungsi hati yang sihat.

Sebelum saya ada blog, saya tak pernah terfikir nak memberi nama kepada masakan saya. Sekarang setiap kali saya nak pos resipi dalam blog ini, saya terpaksa memikir nama yang sesuai untuk resipi saya sebab tahu  sajelah, resipi yang simple takkan nak beri nama yang canggih pulak kan hehehe..

Resipi kali ini diberi nama ikan tenggiri ketumbar, tak unik langsung, haha..

 

1448540178830

Bahan-bahan:

1) 1 keping ikan tenggiri dipotong empat. Gaul garam dan sedikit serbuk jintan manis secukup rasa
2) 2 pokok daun ketumbar dihiris, batang yang keras dibuang
3) 4 biji tomato ceri dihiris nipis
4) 1/2 biji lemon. Kurangkan kalau tak suka masam
5) 1/2 sudu teh serbuk kasar cili kering
6) 3 ulas bawang merah dihiris nipis
7) 1/3 sudu teh jintan manis, sedikit madu dan garam secukupnya.

Caranya:
1) Goreng ikan seperti biasa dan toskan
2) Bahan 2~7 dicampur dan digaul sehingga rata dan masukkan ikan. Perap selama 15~20 minit baru dihidang. Semasa diperap sekali sekala gaulkan ikan supaya sebati dengan rencah daun ketumbar.

Ok, Selamat menjamu selera. 🙂

4 thoughts on “Ikan tenggiri ketumbar

    1. Saya dulu2 macam Chik Att juga tp sebab khasiatnya, saya mkn je. Sekarang saya rasa herba ni dh jadi favourite saya, sedap pulak!

  1. I love daun ketumbar so much, bila buat kerabu daun ketumbar dah semesti saya masukkan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s