Assalamualaikum
Menu hari ini ialah Sambal Tumis Udang Cilantro. Seperti biasa, setiap kali saya masak sambal tumis saya akan ikut resipi kegemaran saya iaitu Sambal Tumis Bawang dan untuk memberi kelainan rasa pada masakan ini saya masukkan daun ketumbar.
Saya suka masukkan daun ketumbar/cilantro ke dalam masakan. Selain ia mampu memberi satu rasa yang unik, daun ketumbar juga membuat rasa masakan menjadi sedap.
Bahan-bahan:
1) 120g bawang merah dihiris nipis
2) 15g bawang putih dihiris nipis
3) 18tangkai cili kering (cili kering ini tidak berapa pedas) dipotong, bersihkan dan buang biji. Rendam air panas selama 10 minit dan toskan. Kisar dengan 1 cawan air sehingga lumat
4) 15g gula melaka
5) 1 sudu teh serbuk pati ikan bilis
6) 1 keping asam gelugur
7) Garam secukup rasa.
8) 1/2 cawan minyak. Saya guna banyak minyak untuk masak sambal tumis
9) 12 ekor udang besar
10) 25g daun ketumbar/cilantro dihiris 2cm
Cara:
1) Panaskan minyak dan masukkan bawang merah dan bawang putih. Goreng sehingga kuning
2) Kemudian masukkan bahan 3~7 dan masak sehingga mendidih
3) Kecilkan api dan masak sehingga cili bertukar warna merah tua dan pekat.
4) Masukkan udang dan daun ketumbar. Kacau sekejap sehingga udang masak
5) Akhir sekali bolehlah senduk buang lebihan minyak.
Selamat mencuba.