Semasa meronda di pasar tani, hehehe…
Tiba-tiba ternampak kacang panjang kerinting dan ini adalah pertama kali saya lihat kacang panjang sedemikian rupa. Saiz lebih besar dari kancang panjang biasa dan kulitnya menggerutu. Rasanya lebih kurang sama dengan kacang panjang biasa. Sedap makan mentah cicah dengan sambal.
Bila tengok saja pada kacang panjang ini, terlintas dihati kalau buat masak lemak dengan jeruk belimbing mesti sedap.
Apalagi sampai je ke rumah terus saja masak…. ๐
Kelebihan kacang panjang:
Dimakan sebagai ubat herba tonik, menghilangkan rasa dahaga, ubat cirit birit dan penawar kepada orang yang terlalu kerap membuang air kecil.
Rujukan: Sayuran, khasiat makanan dan ubatan.
Ong hean chooi
MASAK LEMAK IKAN SENANGIN DENGAN KACANG PANJANG KERINTING DAN JERUK BELIMBING.
Saya cuma tumbuk cili padi dengan serbuk kunyit dan masukkan kedalam rebusan ikan dan serai. Akhir sekali baru masukkan kacang panjang kerinting, jeruk belimbing dan santan. Garam secukup rasa.
Jeruk belimbing saya buat ikut resipi Jeruk kai choy. Bagi saya memang sedap bila masukkan jeruk belimbing dalam masakan asam rebus, asam pedas, masak lemak dan makan dengan sambal garam. Menyelerakan!
Ok, selamat menjamu selera ๐
awat kacang tu ngerutu kak?
Masa nak beli terkejut juga sb x pernah tengok sebelum ini.. ๐