Bila terpandang pada bunga kantan yang hampir nak kering, terfikir, baik saya goreng saja dengan ayam. Dah lama benar tak masak ayam goreng kerana nak kurangkan makanan berminyak. Masakan ini rasanya bertambah sedap bila dimasukkan bunga kantan dan baunya juga sungguh enak. Ayam goreng ini saya hidangkan bersama masakan cendawan erynggi, mmmm… menaikkan selera makan kami πŸ™‚ Tambahan pula cendawan erynggi ini memang terkenal untuk manfaat perubatan dan kesihatan. Ia sangat kaya dengan nutrien dan boleh membantu meningkatkan kesihatan vaskular, mengurangkan paras kolesterol LDL dan risiko kanser, insyaAllah.

Khasiat cendawan erynggi

Jom cuba resipi ini.

AYAM GORENG KANTAN
image

CENDAWAN ERYNGII MASAK KICAP
image

AYAM GORENG KANTAN
Bahan-bahan:

1) 1/2 ekor ayam kampung digaul dengan kunyit dan garam
2) 1 labu bawang besar dibelah 4
3) 2 kuntum bunga kantan dihiris
4) Beberapa tangkai cili kering dihiris dan dibuang biji
5) Daun bawang

Caranya:
1) Goreng ayam hingga hampir masak dan masukkan bawang besar. Kemudian masukkan bunga kantan dan cili kering.
2) Bila ayam dah nak garing baru masukkan daun bawang.Goreng sekejap saja lepas tu tuangkan masakan ayam ini ke dalam penapis dan toskan.

CENDAWAN ERYNGII MASAK KICAP
Bahan-bahan:
1) 5 cendawan eryngii dihiris
2) 5 ulas bawang putih diketuk dan dicincang
3) 6 tangkai cili kering dihiris
4) 1/2 tsp jintan manis dan serbuk kasar lada hitam
5) Kicap dan garam

Caranya:
1) Tumis bawang putih hingga kekuningan.
2) Masukkan cili kering dan kemudian cendawan eryngii.
3) Bila cendawan dah layu baru masukkan kicap dan jintan manis. Akhir sekali garam secukup rasa.

Selamat menjamu selera. πŸ˜‰

Advertisements

4 thoughts on “Ayam Kantan & Eryngii Kicap

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s