Sup Herba Buah Mengkudu.

Hari ini saya masak sup ayam dengan buah mengkudu. Banyak kelebihan buah ini terutamanya untuk melawas buang air kecil dan besar, merawat batuk, asma, bengkak limpa dan melancar pengaliran darah. Disamping itu juga buah ini boleh mengeluarkan toksin dalam badan.

image

image

image
Resipi ini sangat simple sebab bahannya cuma
1) 1 ekor ayam kampung
2) 2 biji buah mengkudu yang muda. Dihiris tanpa buang kulit.
3) 1/2~3/4 tsp halba (digoreng tanpa minyak hingga perang dan tumbuk hancur)

Rebus semua bahan hingga masak dan akhir sekali masukkan garam secukup rasa.

Sup herba ini sesuai dimakan begitu saja.
Sesiapa yang nak membuang toksin tu bolehlah cuba. 😉

Hari ini kita vegetarian.

Bila suami telefon saya, kita makan apa petang ini?
Saya kata padanya “hari ini kita vegetarian”.
Masak apa?
Dengan ringkas saya jawab, spaghetti 😉
Tak masukkan minced meat?
Kita kan vegetarian hari ini, jadi tak adalah daging. Hehehe…

Hari ini masak spaghetti, saya masukkan sebiji buah epal. Bau harum epal ketika saya rebusnya dengan cendawan begitu menyelerakan.
A very simple and easy recipe, saya guna organic tomato sauce with eggplant.

The sauce.
image

Sebiji epal yang disagat.
image

The vegetarian food, ready to be relished. 😀
image

Saya masak secawan air dalam periuk sehingga mendidih. Kemudian masukkan cendawan butang yang dihiris dan sebiji epal yang disagat. Selepas 5 minit saya tuang sebotol sos dan masukkan carrot dan zucchini yang dihiris. Tabur serbuk lada sulah dan garam secukup rasa. Walaupun simple tapi sedap, mungkin kerana sos tomato segera ini, hehe..

Sekali sekala jadi vegetarian baguslah juga 😀

Khasiat Jeruk

“Fermented foods help people stay healthy” kata Sandor Katz dalam bukunya “The Art of Fermentation”, best selling book in New York Times.

Laktik asid yang terdapat dalam makanan yang diperam adalah kaya dengan enzim yang boleh membantu penghadaman dan penyerapan nutrien pada tubuh badan.
Apabila penghadaman berfungsi dengan betul dan dapat menyerap serta mengasimilasikan semua nutrien yang diperlukan oleh badan, sistem imun akan meningkat dan ini akan dapat merawat serta mencegah penyakit.

Makanan yang diperam begitu bermanfaat untuk kesihatan bila dimakan tanpa dimasak/mentah kerana keseluruhannya ia menggalakkan pertumbuhan bakteria usus, membantu penghadaman, meningkatkan sistem imun termasuk peningkatan vitamin B, omega 3 asid lemak, enzim pencernaan, lactase dan lactic acid.

Walaubagaimanapun, hari ini saya nak masak, hehe…. Sebenarnya saya tak pernah beli jeruk yang dijual di kedai jadi dah lamalah saya teringin nak masak asam pedas dengan jeruk sayur. So hari ini saya masak asam pedas ikan tenggiri dengan jeruk sayur kai choy yang saya buat sendiri pada minggu lepas.
Untuk masakan asam pedas kali ini, saya masukkan buah kurma untuk memberi sedikit rasa kelainan. Kata suami saya, sedap juga bubuh buah kurma ni.
Bagi saya kalau nak mendapat rasa masakan asam pedas yang sedap..rasa asam tu lah yang sangat penting. Nama pun masakan asam kan.? Setiap masakan bila rasa masam, masin dan manis tu seimbang pasti akan terasa sedap, betul tak? 😉

Jom tengok resipi asam pedas ni.

1448587163026
Membuat sendiri jeruk sayur tidaklah sukar seperti yang disangkakan.

ASAM PEDAS IKAN TENGGIRI DENGAN JERUK KAI CHOY.

1448587027190

Bahan-bahan:

1) 2 keping ikan tenggiri
2) 1 labu bawang besar
3) 3 ulas bawang merah & 3 ulas bawang putih
4) 3/4 tsp serbuk kunyit
5) 20 tangkai cili kering, dibuang biji dan rendam air panas sekejap
6) 10 biji buah kurma, buang biji dan rendam air panas (saya guna buah kurma kecil dan yang kurang manis, kalau guna buah kurma yang manis, elok dikurangkan sebab nanti kuah terlalu manis tak sedap pula.)
7) Segenggam daun kesom & 1 bunga kantan dibelah dua
8) 2 keping asam gelugor
9) Jeruk kai choy, dihiris
Saya tak pernah masukkan belacan dalam masakan jadi kalau rasa nak bubuh, boleh je.

Caranya:

1) Kisar bahan 2~6 hingga lumat.
2) Tumis bahan yang dikisar sehingga terbit minyak.
3) Masukkan 1 1/2 ~ 2 cawan air dan asam gelugor. Bila mendidih masukkan ikan, daun kesom dan bunga kantan, dah masak baru masukkan jeruk kai choy dan biarkan atas api sekejap saja.

Dah pun boleh dihidang & selamat menjamu selera. 😀