Harga vs Kualiti

Setiap kali saya berbelanja di supermarket, saya dapati harga barang semakin meningkat. Kalau dulu, tiga ratus ringgit dapat barang hampir penuh trolley, sekarang ni mungkin dapat lebih separuh trolley je. Kadang-kadang tu terfikirlah juga, biarrr betullll atau cashier yang tersilap? Selalu jugalah saya semak resit sebab rasa macam tak percaya, tapi tak ada salah pun.
Maknanya harga barang sekarang ni memang dah naik tanpa kita sedari. Kalau sedar pun tak boleh buat apa-apa! 🙂

Antara barang yang saya selalu beli dan stock di rumah ialah kuih muih frozen seperti kuih koci, karipap, cucur badak dan murtabak. Bila tetamu datang mengejut tak payah susah-susah, goreng/kukus je. Sebelum ni kuih-kuih ni memang sedap sehinggakan ramai yang bertanya beli dimana. Tapi sekarang ni saya dapati kualiti kuih-kuih ni macam dah berkuranglah. Inti kelapa kuih koci dah tak lemak, ada masa rasa macam hampas kelapa. Murtabak daging pula, dagingnya rasa tasteless!

Pelikkan? Sepatutnya bila harga naik, kualiti dipelihara.

Sebenarnya saya tak kisah kalau barang mahal tapi productnya bagus. Yang buat ramai tak puas hati tu, bila barang yang dibeli dahlah mahal tapi kualiti tak seberapa. Contohnya kita tak kisah berbelanja lebih sikit untuk makan best-best sekali sekala. Tapi yang kita geram tu, bila kita bayar mahal-mahal, makanan tu tak fresh atau basi pulak ish..ish..isk sabar je lah

Betul tak? 😀

Cendawan Eryngii

Terdapat banyak jenis cendawan tapi bagi saya cendawan eryngii yang paling sedap. Eryngii ini sesuai di masak dengan pelbagai cara dan saya suka kalau masukkan ia ke dalam masakan tomyam, sup atau stim bersama ikan. Kalau kita goreng cendawan eryngii pun menyelerakan juga, tapi tahu sajalah bila banyak sangat makan makanan bergoreng ni, nanti datang masalah kesihatan pula, 😦

Anyway, jom baca apa kelebihan cendawan erynggi ni.

Cendawan Eryngii juga dikenali sebagai king oyster atau king trumpet mushroom, sering digunakan untuk manfaat perubatan dan kesihatan. Cendawan ini menjadi popular melalui perubatan cina. Ia mengandungi kadar antioksidan yang tinggi dan sebatian ‘ergothioneine’ yang melindungi sel-sel dan meningkatkan sistem imun.
Cendawan eryngii secara umum adalah sangat kaya nutrien, boleh membantu meningkatkan kesihatan vaskular,mengurangkan paras kolesterol LDL dan risiko kanser.

Richard Sullivan, seorang ahli Division of Cancer Studies menulis dalam artikelnya bertajuk Medicinal Mushroom bahawa pelbagai spesis pleurotus, seperti eryngii mungkin dikaitkan dengan aktivti anti kanser serta kesan positif terhadap sistem imun, anti virus, antibiotik dan anti radang. Ini mungkin disebabkan oleh beta-glucans iaitu sebatian aktif utama yang ditemui di dalam eryngii.

Saya tak pernah jumpa cendawan yang lebih besar dari cendawan ini. Yang bestnya kita boleh makan banyak sebab ia rendah kalori dan lemak. Bukan tu saja, ia kaya dengan serat dan tidak ada kolesterol. So no need to worry about gaining weight. 😀
image

SUP JENAHAK & ERYNGII
image
Okay lah, sekarang saya nak kongsi resipi sup ikan jenahak dengan cendawan erynggi yang saya masak baru-baru ini.

Bahan-bahan:

1) 1 keping ikan jenahak
2) 2 cendawan erynggi dihiris
3) Segenggam daun ketumbar dengan akar
4) 1 biji tomato dibelah 4
5) 1 labu bawang besar dibelah 4
6) 4 ulas bawang putih diketuk
7) Lada hitam, cili padi diketuk dan garam secukup rasa
8) Jus lemon.

Didihkan 2 1/2 cawan air dan masukkan semua bahan 1~7 sehingga masak. Tutup api baru masukkan jus lemon secukup rasa.

Selamat menjamu selera. 😉

The Health Benefits Of King Oyster Mushrooms.