Masak Lemak Kimchi

Mungkin orang korea terkejut tengok masakan saya ini, tapi bagi saya, masak lemak kimchi memang sungguh sedap, best 🙂

MASAK LEMAK KIMCHI
image

image
saya cuma perlukan didihkan air, masukkan sedikit serbuk kunyit, beberapa ekor udang besar, santan dan kimchi. Akhir sekali garam secukup rasa. Saya prefer kuah masakan ini pekat sedikit.

Entah-entah kalau orang korea cuba masakan ini, mungkin mereka suka kot, hehehe…


Cara membuat kimchi

Doa

DOA APABILA DITIMPA MUSIBAH

Daripada Ummu Salamah r.a. katanya, Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila seseorang itu ditimpa bencana, maka hendaklah ia mengucapkan:

image
image

Maksudnya:
“Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami akan kembali, Ya Allah, berilah ganjaran kebaikan kepada ku atas musibah ini dan gantikanlah untukku dengan sesuatu yang lebih baik daripadanya.”

Riwayat Muslim.

Cherries

Buah cherries/ceri kaya dengan vitamin dan mineral dan ia mempunyai beberapa ciri penyembuhan. Ia mengandungi pigment tumbuhan iaitu anthocyanin yang merupakan antioksidan yang kuat dalam pencegahan anemia, penyakit jantung dan kanser. Orang yang sering minum jus ceri dapat tidur dengan lebih baik dan lama kerana jus ini meningkatkan tahap hormon melatonin dalam badan; hormon yang mengawal tidur.

image

Ceri boleh membantu mengurangkan keradangan dan melegakan kesakitan dalam arthritis, gout dan migraine.

Ref:


Health benefits of cherries