Pisang Bakar.

Dessert untuk berbuka, kesukaan keluarga saya…

Jom tengok cara buatnya.

PISANG TANDUK LADA HITAM BAKAR

 

1448959891249

Panaskan oven 190°C
Mesti guna pisang tanduk yang dah masak/ranum baru sedap.

Bahan-bahan:
1) 2 biji pisang tanduk
2) 100g butter
3) Madu/gula ~ ikut suka manis
4) Sedikit garam
5) Tabur banyak serbuk kasar lada hitam baru sedap

Caranya:
1) Terpulanglah nak hiris pisang macam mana.
2) Panaskan butter di atas api yang kecil dan bila dah cair masukkan madu, garam dan pisang. Kacau perlahan dan tabur lada hitam sehingga rata.
3) Kemudian bakar selama 30~40 minit. Sekali sekala kena balik-balikan.

mmm…sedap! 😀

Sotong Halia Purut

Semalam, salah satu menu untuk berbuka, saya goreng sotong halia purut. Resipi ini menggunakan banyak halia muda. Walaupun masakan ini simple, ia menyelerakan dan kegemaran keluarga saya..

Jom tengok resipi. 🙂

SOTONG HALIA PURUT
image

Bahan-bahan:
1) 1 mangkuk sotong dibuang kulit dan dihiris. Toskan dan gaul dengan serbuk kunyit & garam
2) 1/2 cawan halia muda yang telah dimayang
3) 4 ulas bawang putih diketuk dan dicincang
4) 5 tangkai cili kering dihiris
5) 3 pokok daun bawang dihiris
6) 3 helai daun limau purut dicarik-carik.

Cara:
1) Tumis bawang putih dan halia sehingga kekuningan dan masukkan cili kering.
2) Kemudian masukkan sotong dan besarkan api supaya air sotong cepat kering.
3) Akhir sekali masukkan daun bawang dan daun limau purut.

Ok, mudah je..
Selamat mencuba.

DOA SAYYIDUL ISTIGHFAR

Dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari daripada Syaddad bin Aus, Nabi mengajar sepotong doa. Sesiapa yang membacanya dengan keimanan pada waktu pagi, lalu dia mati pada petangnya, maka dia akan menjadi ahli syurga. Demikian juga bagi yang membacanya dengan keimanan pada waktu petang, lalu meninggal dunia selepas itu, maka dia tergolong dalam golongan ahli syurga.

image

Maksudnya: “Ya Allah, Engkau adalah Rabbku, tidak ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau-lah yang menciptakan aku. Aku adalah hamba-Mu, dan aku berjanji mentaati-Mu semampuku, aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan kelakuanku. Aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku. Ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa melainkan Engkau.”