Jeruk Kulit Cempedak Goreng

Dua hari sebelum ramadhan saya buat jeruk kulit cempedak ataupun disebut mandai. Ini adalah kali kedua saya membuatnya. Kali pertama saya cuma bubuh air dan garam sahaja dan saya dapati rasanya kurang enak jika dibandingkan dengan menambah cuka epal. Selepas seminggu barulah sedap mandai ini digoreng.

Jom cuba..

MANDAI GORENG
image

JERUK KULIT CEMPEDAK/MANDAI
image

Cara membuat mandai:

1) Setelah semua lapisan luar kulit buah cempedak dibuang, bahagian lembut dipotong kecil, dibasuh dan ditoskan, kemudian masukkan ke dalam balang kaca.
2) Masukkan 5 1/2 cawan air, 1 cawan gula molasses/1 cawan gula organik,  1 cawan cuka epal dan 3 tbsp garam himalayan ke dalam mangkuk besar, kacau sehingga larut dan tuang ke dalam balang kaca kulit cempedak.
3)Selepas 24 jam bolehlah di simpan dalam peti sejuk.

Mandai goreng.
1) 1 mangkuk mandai diperah buang sedikit air jeruknya dan tidak perlu dibasuh.
2) Masukkan1 tbsp serbuk kari ikan ke dalam mandai dan perap selama 5 minit. Kalau suka lebih masin bolehlah masukkan garam.
3) Panaskan minyak yang banyak dan goreng sehingga garing dan toskan.

Bagi saya sedap betul bila dimakan dengan nasi panas.

♥ 😉

Makanan sihat

Mari berbuka puasa dengan masakan yang sihat..

Jom cuba resipi-resipi ini.

KERABU IKAN TENGGIRI

 

1449052098380

Bahan-bahan:

1) 1 keping ikan tenggiri dilumur sedikit garam dan dikukus sehingga masak.
2) 1 kuntum bunga kantan, 1 labu bawang besar dan 1 biji tomato di hiris nipis.
3) 3 tangkai daun bawang dan segenggam daun ketumbar dihiris kasar.
4) 1 cili merah dan 2 cili padi, kalau suka pedas kena tambah cili padi, dihiris halus.
5) jus dari 1/2 biji lemon atau lebih kalau suka masam, 1 sudu besar minyak zaitun, 1/2 sudu besar madu dan garam secukup rasa

Caranya:

1) Ikan tenggiri di hancurkan
2) Bahan 2~5 di campur dan di gaul hingga sebati dan akhir sekali masukkan ikan tenggiri dan gaul hingga rata.

KUKUS SENANGIN

 

1449052208306

Sumbat sebanyak yang suka halia muda dan bawang putih yang telah dimayang dan digaul sebati dengan garam dan 1 sudu besar minyak zaitun kedalam ikan yang dibelah. Kukus sehingga masak.

SUP IKAN HERBA KETUMBAR

 

1449052299527

Rebus ikan sehingga masak dan masukkan daun ketumbar yang dihiris. Akhir sekali masukkan lada hitam, jus lemon, sedikit minyak zaitun dan garam secukup rasa.

Selamat mencuba 🙂