Hari ini saya ke Boutique Sutera Thai yang agak terkenal di Bangkok. Di Boutique ini, terdapat pelbagai produk 100% sutera Thai asli untuk keperluan fesyen dan hiasan dalaman rumah. Ia terletak di jalan Sukhumvit Soi 23 dan berhampiran dengan Hotel Grand Millennium.
Station BTS (Bangkok Mass Transit System) terdekat dengan boutique ini ialah Asok dan kalau naik MRT (Bangkok Metro), station terdekat ialah Sukhumvit.
Boutique ini bukanlah di dalam Mall tapi diubah suai dari sebuah bunglow. Walaupun begitu, terdapat banyak juga pilihan. Ia sebenarnya macam showroom, kita boleh order dan juga beli di situ.
Kain sutera di sini, ditenun tangan. Saya sendiri tidak dapat bezakan antara tenun tangan dengan tenun mesin. Yang pasti tenun tangan lebih sukar dan memerlukan lebih masa.
Sempat juga saya kecek suami untuk beri hadiah, hehe..
Harga kain sutera dekat sini macam mana?
Agak mahal juga sebab kain sutera disini ditenun tangan.
berapa ringgit harga utk satu meter?
Kain sutera yang dijual disitu kebanyakkannya harga tak sama sebab bergantung pada lapis benang dan maaf saya tak ingat kerana masa tu beli banyak juga.