Salam Jumaat

Selawat kepada Rasulullah.s.a.w.

Diriwayatkan di dalam sahih Muslim, dari Abdullah bin Amr bin As r.a. bahawa dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

image
Ertinya:
“Siapa yang membaca selawat ke atasku sekali, maka Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.”

Diriwayatkan di dalam sunan Abu Daud, sunan an-Nasa’i dan sunan Ibnu Majah dengan sanad sahih dari Aus bin Aus r.a., dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
image
Ertinya:
“Sesungguhnya hari terbaik kamu adalah hari Jumaat, maka pada hari itu perbanyakkanlah membaca selawat kepadaku. Kerana selawat kamu diperlihatkan kepadaku. Mereka bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana mungkin selawat kami diperlihatkan kepadamu sedangkan engkau telah hancur (menjadi tanah)?” Baginda menjawab, “Sesungguhnya Allah mengharamkan tanah untuk memakan jasad para Nabi.”

Diriwayatkan di dalam sunan Abu Daud di akhir Kitabul-Haj; pada “Bab Ziarah Kubur” dengan sanad sahih dari Abu Hurairah r.a., dia berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:
image
Ertinya:
“Janganlah kamu jadikan kuburku sebagai tempat perayaan. Dan berselawatlah kepada ku, kerana sesungguhnya selawat kamu akan sampai kepadaku di mana pun kamu berada.”

Sup Burung Puyuh Berempah & Kerabu

Hidangan sihat…

SUP BURUNG PUYUH BEREMPAH
image

SUP BURUNG PUYUH BEREMPAH & SAYUR JERUK GORENG

image

Bahan-bahan:

1) 5 ekor burung puyuh & 6 cawan air
2) 1 tbsp biji ketumbar
3) 1/2 tsp biji jintan manis & 1/2 tsp biji jintan putih
4) 1 tbsp biji lada hitam
5) 8 ulas bawang putih diketuk
6) 2″ halia dihiris & cili padi dihiris
7) 3 kuntum bunga lawang, 3 bunga cengkih, 3 buah pelaga dan 2″ kulit kayu manis
8) 1 mangkuk hirisan daun ketumbar

Cara:
1) Bila air dah mendidih baru masukkan semua bahan 1~7 dan biar atas api sehingga masak
2) Akhir sekali masukkan daun ketumbar dan garam secukup rasa.

Saya suka juga masukkan jus lemon kedalam sup burung puyuh sebelum dihidang.

Jom try pula sayur kerabu.

KERABU KACANG PANJANG KERINTING
image

image

Bahan-bahan:

1) 6 tangkai kacang panjang kerinting dicelur dan dihiris
2) 1 labu kecil bawang besar, dihiris nipis
3) 1 kuntum bunga kantan dihiris nipis dan dicincang halus
4) 2″ halia muda dimayang halus
5) jus lemon, 1 1/2 tbsp minyak bijan dan cili padi
6) Serbuk kasar lada hitam & garam

Bahan 2~6 digaul sebati dan kemudian masukkan kacang panjang kerinting.
Gaul rata dan biarkan 30 minit sebelum dihidang.

Ok, selamat mencuba. 🙂