Pajeri Nenas

Assalamualaikum..
Menu hari ini Pajeri Nenas

Saya suka makan pajeri terutama pajeri nenas, lagilah pula bila digandingkan dengan ikan masin kurau. Tak perlu lauk lain dah, bagi saya makan macam ini sedap sangat.. 😀 image
Bahan-bahan.
1) 500g nenas yang telah dibuang kulit.
2) 6 sudu besar minyak
3) 2 inci kulit kayu manis, 8 bunga cengkih, 3 buah pelaga dan 2 bunga lawang
4) 8 ulas bawang merah dihiris
5) 2 ulas bawang putih
6) 2 inci halia muda dimayang
7) 2 sudu besar rempah kari ikan
8) 1 sudu besar rempah kurma
9) 1 sudu besar serbuk ikan bilis
10) 30g kerisik
11) 1 1/2 cawan air
12) 1/2 cawan santan kotak kara
13) 1 1/2 sudu besar gula melaka, sedikit air asam jawa dan garam secukup rasa

Cara:

1) Panaskan minyak. Tumis bahan 3~6 sehingga bawang kekuningan
2) Satukan rempah kari ikan, rempah kurma dan 1/2 cawan air ke dalam mangkuk. Kacau sehingga rata.
3) Bila bawang dah kuning, masukkan rempah dan masak sehingga terbit minyak
4) Masukkan 1 cawan air, santan, kerisik, gula, air asam jawa, nenas dan masak sehingga mendidih
5) Kecilkan api dan masak sehingga kuah hampir pekat. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa.

Kerabu Brokoli

Kegemaran Zafirah..

image

Bahan-bahan:

1) 150g brokoli dicelur sekejap dan kemudian disiram air paip supaya brokoli segera sejuk dan rangup. Toskan dan hiris
2) 1 biji tomato dibelah dua dan hiris nipis
3) 1 biji kentang segar dibuang kulit dan dimayang
4) 1/2 biji bawang besar dihiris nipis
5) Sedikit cili padi dihiris kecil
6) 1 1/2 sudu besar minyak bijan
7) 1/2 sudu teh serbuk kasar lada hitam
8) 1/2 sudu teh serbuk ikan bilis
9) Jus 3/4 biji lemon
10) Garam secukup rasa

Cara:

Gaul semua bahan dan biarkan 30 minit sebelum dihidang.

Selamat menjamu selera..

Opor Sotong

Assalamualaikum

Sudah rancang ke, masakan apa untuk makan tengahari nanti?
Untuk entri ini saya kongsi resipi Opor Sotong. Tapi kalau tak suka sotong, boleh juga ganti dengan udang, mungkin lebih sedap 🙂

Jom cuba..

image

Bahan-bahan:

12 ekor sotong sederhana besar. Cuci dan buang kulit
6 sudu makan/sudu besar (tbsp) minyak masak
2 helai daun limau purut dihiris
1 1/2 cawan air
1/2 cawan santan kotak kara
1 sudu makan kerisik
1 inci lengkuas diketuk
2 batang serai diketuk
1 sudu teh (tsp) serbuk kunyit
2 sudu makan/sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
Garam secukup rasa

Bahan kisar:

100g bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 cawan air
15 tangkai cili kering, buang biji dan rendam air panas selama 5 minit, toskan

Cara:

1) Satukan bahan kisar, serbuk kunyit, serbuk ketumbar dan jintan manis. Kacau rata
2) Panaskan minyak
3) Tumis bahan campuran bahan kisar bersama lengkuas, serai, kerisik dan daun limau purut. Masak sehingga terbit minyak
4) Masukkan air dan santan. Masak sehingga mendidih
5) Kecilkan api dan reneh sehingga kuah hampir pekat.
6) Akhir sekali masukkan sotong dan garam secukup rasa
7) Masak sotong sekejap sahaja. Lama diatas api akan membuat sotong menjadi liat dan keras.